Konsep dan keperluan lanskap bandar kajian kes keatas Taman Tasik Shah Alam Selangor Darul Ehsan / Mohd Nasrudin Roslan

Peranan lanskap dalam pembangunan moden pada hari ini amatlah jelas sekali apabila manusia semakin lupa tentang peranan lanskap dalam kehidupan seharian. Isu pencemaran alam sekitar yang amat ketara pada hari ini telah membawa kepada manusia berfikir tentang keseimbangan alamjemester yang semakin tu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roslan, Mohd Nasrudin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/61082/1/61082.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan lanskap dalam pembangunan moden pada hari ini amatlah jelas sekali apabila manusia semakin lupa tentang peranan lanskap dalam kehidupan seharian. Isu pencemaran alam sekitar yang amat ketara pada hari ini telah membawa kepada manusia berfikir tentang keseimbangan alamjemester yang semakin tua ini. Oleh yang demikian mereka telah mengambil alternatif penlanskapan persekitaran dengan lebih menarik. Disamping nilai kesenian yang didapati daripada kreativiti pengubahan, fungsinya juga sebagai bahan pembersih alam. Oleh yang demikian, adalah menjadi tidak hairan sehingga isu persekitaran telah di bawa ke parlimen untuk dibincangkan dengan lebih serius. Maka, lahirlah hasrat kerajaan untuk melanskapkan Malaysia sebagai sebuah negara taman yang mempunyai beberapa kepentingan ekonomi, persekitaran dan ekologi keseluruhannya. Akhirnya, telah menjadi suatu tanggungjawab kepada penguasa negeri untuk terus berganding bahu bagi mencapai matlamat ini di peringkat negeri dan daerah. Adalah menjadi sasaran pada 2005 matlamat tadi akan tercapai. Shah Alam yang merupakan Ibu Negeri Selangor telah cuba mengorak langkah ini bagi mencapai 'Shah Alam Bandar Dalam Taman'