Perlaksanaan program kitar semula di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam / Zuraidah Mohd Salleh

Mengikut anggaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada tahun ini (2003) sahaja negara kita dijangka menghasilkan sampah sebanyak 15,000 tan setiap hari. Penghasilan sisa yang semakin banyak ini telah memaksa pihak berkuasa menyediakan kawasan-kawasan baru untuk tujuan pelupusan sisa. Ji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Salleh, Zuraidah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/62641/1/62641.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mengikut anggaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada tahun ini (2003) sahaja negara kita dijangka menghasilkan sampah sebanyak 15,000 tan setiap hari. Penghasilan sisa yang semakin banyak ini telah memaksa pihak berkuasa menyediakan kawasan-kawasan baru untuk tujuan pelupusan sisa. Jika ia tidak dikawal dari sekarang, maka semakin banyak tanah yang akan digunakan untuk melupuskan sisa pepejal. Bagi mengatasi masalah tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan, Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo's).komuniti dan juga individu, telah bersama-sama melaksanakan program kitar semula di seluruh Malaysia khususnya di 144 PBT. Kajian ini bertujuan mengenalpasti perlaksanaan kitar semula terutamanya dari segi kepentingannya dalam menangani isu pelupusan sisa pepejal dan juga mengenalpasti keberkesanan program kitar semula dari segi tahap pengetahuan dan kesedaran pengguna tentang kepentingan kitar semula bahan terbuang. Pihak PBT tidak seharusnya menumpukan pada kawasan komersial sahaja tetapi juga di kawasan perumahan dan industri dari segi penyediaan tong kitar %emula. Penerangan dalam mempromosikan program kitar semula perlu ditekankan pada semua peringkat iaitu bukan sahaja kepada para pelajar tetapi juga penduduk di kawasan perumahan, di premis-premis dikawasan komersil dan pihak pengilang.