Faktor-faktor yang mempengaruhi pemakaian cincin di kalangan lelaki / Rizal Aswadi Ismail

Cincin merupakan suatu alat perhiasan unik dan unggul di mata masyarakat. Persepsi pemakaian mahupun penggunaannya seringkali dikaitkan dengan citarasa pemiliknya yang tersendiri. Kehalusan seni ukiran yang terpahat memukau mata yang memandang apatah lagi dengan kilauan permata yang bergemerlapan. N...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Rizal Aswadi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66544/1/66544.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cincin merupakan suatu alat perhiasan unik dan unggul di mata masyarakat. Persepsi pemakaian mahupun penggunaannya seringkali dikaitkan dengan citarasa pemiliknya yang tersendiri. Kehalusan seni ukiran yang terpahat memukau mata yang memandang apatah lagi dengan kilauan permata yang bergemerlapan. Nilai estetika cincin yang tinggi menarik minat penggemar cincin supaya memilikinya. Golongan lelaki Melayu sememangnya mempunyai kepekaan yang tinggi dalam memilih perhiasan diri terutama cincin. Cincin merupakan alat perhiasan purba dan secara evolusinya berubah fungsi dan kegunaan berdasarkan faktor semasa. Umumnya cincin terbahagi kepada dua bentuk asas iaitu cincin belah rotan dan yang berbatu permata. Daripada pemakaian cincin oleh golongan lelaki diungkapkan pula faktor yang berkait rapat ke atasnya. Inilah persoalan yang timbul dan kajian ini merupakan usaha untuk menjawab soalan ini. Konsep pemakaian cincin oleh golongan lelaki jelas berteraskan pelbagai faktor yang berkaitan dengan pelbagai keadaan dan sebab. Dengan aneka ragam hias dan reka bentuk cincin yang menarik tidak hanya mendorong kepada pemilihannya tetapi ia merupakan panduan kejiwaan tinggi dalam menuntut memilikinya. Dalam kajian yang dilakukan, pengkaji cuba mengenal pasti faktor-faktor pemakaian cincin di kalangan lelaki. Melalui subjek utama kajian ini, pengkaji berminat melakukannya secara mendalam kerana faktor yang kedapatan dalam mempengaruhi pemakaian cincin adalah pelbagai ragam Pengkaji menggunakan kaedah berbentuk soal selidik dan termuramah kepada responden Tujuan utama adalah untuk melihat kepekaan golongan lelaki berdasarkan tajuk kajian. Manakala lokasi kajian tertumpu di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Dapatan kajian menunjukan bahawa faktor-faktor pemakaian cincin di kalangan lelaki Melayu ialah minat, ikatan pertunangan, ikatan perkahwinan dan juga citarasa individu.