Faktor-faktor kemerosotan penggunaan kain limar di kalangan masyarakat Melayu / Haslina Hashim
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti apakah faktor sebenar kemerosotan penggunaan kain limar di kalangan masyarakat Melayu di samping ingin mengetahui bagaimanakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengembalikan kegemilangan hasil tenunan tradisi Melayu yang sangat indah dan unik yang menjadi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66639/1/66639.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti apakah faktor sebenar kemerosotan penggunaan kain limar di kalangan masyarakat Melayu di samping ingin mengetahui bagaimanakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengembalikan kegemilangan hasil tenunan tradisi Melayu yang sangat indah dan unik yang menjadi kebanggaan sesetengah golongan bukan sahaja di kalangan golongan bangsawan tetapi juga rakyat biasa suatu ketika dahulu.
Kajian ini tertumpu di sekitar negeri Terengganu dan Kelantan yang terkenal dengan hasil tekstil tempatan khususnya kain-kain tenunan seperti kain limar.
Penulisan tesis ini merangkumi aspek penggunaan kain limar di kalangan masyarakat Melayu di mana jika dilihat dan diteliti, suatu ketika dahulu kain tenunan ini merupakan sebahagian daripada pakaian bagi menghadiri majlis kenduri dan juga sebagai pakaian harian masyarakat Melayu samada golongan bangsawan mahupun rakyat biasa. Tetapi kini perbezaannya jelas amat ketara di mana kain-kain tenunan ini hanya digunakan sebagai perhiasan dalaman semata-mata bagi menggambarkan keangguhan dan kekayaan si pemiliknya. Selain itu, kain tenunan ini juga dipercayai mempunyai kekuatan tertentu sehingga ia dijadikan sebagai pelaris jualan.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor penyebab mengapa berlakunya kemerosotan perusahaan ini iaitu pihak-pihak pengusaha sudah tidak berminat lagi untuk menghasilkan kembali kain tenunan ini kerana faktor-faktor seperti tidak ada pasaran, masa yang diambil terlalu lama untuk menyiapkan sehelai kain yang bermutu serta tenaga pakerja yang betul-betul mahir dan berminat untuk menenun kain tenunan tempatan tradisi ini. Kajian juga mendapati bahawa sudah tidak ada lagi generasi kini yang berminat untuk mewarisi. |
---|