Denim kajian dan faktor-faktor perkembangannya dalam stail pemakaian / Norhafiza Mohd

Denim atau jeans di katakan sebagai sejenis fabrik yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudannya dalam dunia pakaian sejak 135 tahun lalu, iaitu satu jangka masa yang agak lama untuk sesejenis fabrik dapat bertahan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji fabrik ini dengan lebih m...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd, Norhafiza
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2001
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/66651/1/66651.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Denim atau jeans di katakan sebagai sejenis fabrik yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudannya dalam dunia pakaian sejak 135 tahun lalu, iaitu satu jangka masa yang agak lama untuk sesejenis fabrik dapat bertahan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji fabrik ini dengan lebih mendalam,sekaligus mengikuti perkembangannya dalam berbagai stail pemakaian terkini. Aspek-aspek lain yang turut dikaji termasuklah sedikit latarbelakang fabrik denim dan juga faktor-faktor utama yang menyebabkan fabrik ini terus bertahan lama dan semakin diminati sehingga kini. Dalam membuat kajian ini,berbagai kaedah kajian telah digunakan. Antaranya adalah seperti membuat pemerhatian dan temuramah ke atas beberapa responden yang terlibat,membuat sedikit penyelidikan ke atas beberapa kajian lampau serta mengumpul data-data berkaitan dari bahan-bahan rujukan tertentu dan juga dari halaman-halaman internet. Hasil dari kajian dan analisa data yang dibuat.jelas didapati bahawa fabrik denim merupakan sejenis fabrik yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang sememangnya menjadi faktor-faktor yang kukuh untuk ianya terus menjadi fabrik yang unggul.Oleh itu,untuk memastikan supaya segala ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada fabrik denim ini terus berkekalan dan supaya stail pemakaian fabrik ini terus berkembang,beberapa unsur cadangan juga turut dibuat pada akhir penulisan tesis ini, antaranya seperti memberi saranan kepada pengusaha-pengusaha fabrik denim agar terus mengembangkan lagi jenis-jenis serta konsep-konsep rekaan terbaru fabrik ini. Segala unsur-unsur cadangan yang dibincangkan tersebut diharap sedikit-sebanyak dapat menjadi panduan yang berguna dalam kajian dan penyelidikan terhadap fabrik denim pada masa akan datang.