Hubungan pemasaran dan kutipan box-office, satu kajian filem: Ombak Rindu / Ahmad Azlan Syah Abd Rashid

Industri perfileman Malaysia kini pesat membangun namun hala tuju ataupun nasib industri tempatan ini pada masa yang akan datang masih samar. Ini kerana pola penontonan filem cereka di panggung kini kian tidak menentu. Para penerbit filem tempatan kini kerap menunding jari ke atas para penonton kono...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rashid, Ahmad Azlan Syah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/68747/3/68747.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri perfileman Malaysia kini pesat membangun namun hala tuju ataupun nasib industri tempatan ini pada masa yang akan datang masih samar. Ini kerana pola penontonan filem cereka di panggung kini kian tidak menentu. Para penerbit filem tempatan kini kerap menunding jari ke atas para penonton kononnya para penonton lebih berkiblatkan filem-filem Hollywood. Badan kerajaan seperti FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) juga kerap dipersalahkan kononnya tidak mengawal kemasukan filem-filem barat tersebut yang sekaligus menjejaskan pasaran tempatan sedangkan FINAS banyak membantu industri tempatan tanpa mereka sedar. Masalah utama para penerbit filem tempatan kini adalah kurangnya ilmu pengetahuan terhadap dunia pemasaran yang sebenar. Tesis ini mengupas satu sistem pemasaran filem yang sistematik bagi rujukan para penerbit di masa yang akan datang. Konsep pemasaran filem yang relevan perlu bagi menepati kehendak para penonton yang sentiasa berubah-berubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu kajian ini merungkai satu sistem pemasaran filem yang telah berjaya meraih kutipan box-office. Kajian ini dilakukan secara Kualitatif dan berlandaskan pada penyelidikan deskriptif. Segala data diperoleh daripada sumber utama dan sumber kedua kajian. Ianya dibuktikan satu per satu melalui perkaitan segala teori-teori yang dikaji. Hubungan pemasaran dan box-office dirungkaikan satu persatu melalui kajian kes filem yang dikaji. Satu sistem pemasaran yang sistematik terungkai mengikut peredaran zaman yang mencabar.