Interaksi sosial dan komuniti kajian kes: perumahan pangsa Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan / Siti Zaharah Mohd Saat

Tesis ini adalah mengenai interaksi sosial dan komuniti di perumahan pangsa Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini cuba meninjau sejauh mana penerimaan rumah kediaman ini di kalangan kelompok sosioekonomi kelas rendah bandar. Cara kajian ini adalah melalui kaedah temubual bersemuka, 'part...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Saat, Siti Zaharah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70487/1/70487.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini adalah mengenai interaksi sosial dan komuniti di perumahan pangsa Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini cuba meninjau sejauh mana penerimaan rumah kediaman ini di kalangan kelompok sosioekonomi kelas rendah bandar. Cara kajian ini adalah melalui kaedah temubual bersemuka, 'participant observation' dan temuduga ke atas 150 responden. Penemuan kajian mendapati faktor kesuntukan masa berinteraksi (79.3 peratus) dan susunatur/rekabentuk kediaman 13.3 peratus) adalah amat tinggi dan memberikan kesan yang maksimum terhadap interaksi social dan komuniti. Manakala jarak kediaman (4.7 peratus), berlainan etnik (1.3 peratus) dan bahasa (1.3 peratus) hanya memberikan kesan yang minimum. Aspek cadangan yang memfokuskan kepada aspek fizikal dan sosial. Dari aspek fizikal, senibina rumah pangsa yang inovatif dicadangkan bagi mengstrukturkan semula bangunan kediaman bagi pembangunan di masa hadapan. Manakala dari aspek social cadangan suasana alam sosial yang kondusif adalah untuk memupuk memperbaiki, memantap dan meningkatkan lagi aktiviti interaksi sosial di kawasan perumahan pangsa. Di samping itu, pengurusan yang efektif adalah penting bagi menyediakan kawasan, kelengkapan dan peralatan serta memikirkan inisiatif untuk meningkatkan kesensitifan penduduk dan merealisasikan kewujudan sebuah 'komuniti' serta meningkatkan semangat kejiranan. Dengan ini, sekiranya langkah-langkah tersebut dilaksanakan, khususnya golongan berpendapatan rendah dapat menikmati hidup yang lebih berkualiti dan juga dapat menyumbang kepada kemakmuran negara. Oleh itu, pada keseluruhannya kajian ini berjaya membuktikan bahawa responden telah menerima cara kehidupan di rumah pangsa serta boleh menyesuaikan diri walaupun ada kekurangan-kekuraangan sedia ada.