Senjata keris warisan seni Melayu / Engku Nor Azira Engku Raham

Keris dihasilkan dengan menggunakan kaedah tertentu, justeru itu pandai besi adalah orang yang dianggap istimewa kerana memiliki kemahiran menempa,menjampi serta memasukkan bahan yang beracun ke dalam mata keris. Secara umumnya terdapat tiga bahagian utama keris iaitu hulu, mata dan sarong. Hulu ker...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Engku Raham, Engku Nor Azira
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70791/1/70791.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keris dihasilkan dengan menggunakan kaedah tertentu, justeru itu pandai besi adalah orang yang dianggap istimewa kerana memiliki kemahiran menempa,menjampi serta memasukkan bahan yang beracun ke dalam mata keris. Secara umumnya terdapat tiga bahagian utama keris iaitu hulu, mata dan sarong. Hulu keris dilekatkan pada mata keris dengan menggunakan perekat daripada campuran damar dan minyak. Biasanya hulu keris diperbuat daripada tunjang atau teras kemuninng, kayu hitam, kayu sena, kayu petai belalang, gading, perak tanduk dan sumbu badak. Keris dihasilkan adalah untuk berbagai tujuan. la bergantung kepada masyarakat dulu dan sekarang menggunakannya untuk apa tujuan sekalipun. Keris yang digunakan di dalam perkahwinan adalah bertujuan untuk membezakan antara pengantin lelaki dengan pengapitnya. Keris yang dipakai oleh dihiasi dengan hiasan yang bermotifkan bunga-bungaan. Keris yang berfungsi sebagai kelengkapan pakaian, dipakai dalam upacara rasmi istana, upacara-upacara beradab ataupun dalam upacara pertabalan diraja. Ini akan melambangkan kedaulatan. Begitu juga dalam kehidupan masyarakat Melayu, berpakaian beradat adalah apabila pakaian tradisional tersebut lengkap dengan keris terpacak di pinggang.