Surau sekolah sebagai medium pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah Daerah Petaling Utama / Nor Liza Kila

Surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk melakukan ibadah tetapi juga sebagai salah satu tempat pembelajaran dan pemudah caraan yang terdapat di sekolah rendah. Malah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya surau sekolah berfungsi sebagai pusat seh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kila, Nor Liza
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75994/1/75994.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat untuk melakukan ibadah tetapi juga sebagai salah satu tempat pembelajaran dan pemudah caraan yang terdapat di sekolah rendah. Malah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya surau sekolah berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop center ) dalam Majlis Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah KPM 2018. Ia merupakan salah satu tempat yang perlu disediakan oleh pihak sekolah sebagai satu kemudahan asas di setiap sekolah yang mempunyai lebih daripada 15 orang murid Islam mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap prasarana fizikal dan ergonomik. Di samping itu untuk melihat tahap penggunaan surau dalam bidang PDPc dan juga bidang Ibadah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang telah dijalankan ke atas 186 guru Pendidikan Islam di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Setiap data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap prasarana fizikal dan ergonomik berada di tahap tinggi, manakala tahap penggunaan dalam PDPc dan ibadah juga berada pada tahap tinggi. Hasil dapatan daripada analisis inferens dengan menggunakan one way ANOVA pula telah didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap prasarana dan tahap penggunaan dengan zon sekolah pada aras (p<0.05), manakala tidak wujud perbezaan pada aras(p<0.05) antara tahap prasarana dan tahap penggunaan berdasarkan pengalaman mengajar guru Pendidikan Islam. Sebagai rumusannya kajian ini mendapati prasarana surau sekolah berada dalam keadaan baik dan masih boleh dibuat penambahan untuk menjadikan kelengkapan yang lebih baik.