Wakaf zuriat di Malaysia: analisa perspektif pengurusan dan penambahbaikan kerangka model / Muhammad Hamizan Ab Hamid

Wakaf zuriat merupakan satu transaksi kehartaan yang unik dalam Islam. Ia tidak hanya dilihat sebagai satu bentuk pengabdian diri kepada Allah bahkan tanggungjawab sosial kepada keluarga dan masyarakat. Kesejahteraan ahli keluarga merupakan suatu keutamaan dalam kehidupan pada masa kini. Islam amat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Hamid, Muhammad Hamizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76112/1/76112.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wakaf zuriat merupakan satu transaksi kehartaan yang unik dalam Islam. Ia tidak hanya dilihat sebagai satu bentuk pengabdian diri kepada Allah bahkan tanggungjawab sosial kepada keluarga dan masyarakat. Kesejahteraan ahli keluarga merupakan suatu keutamaan dalam kehidupan pada masa kini. Islam amat menggalakkan supaya memberikan yang terbaik dalam setiap urusan dengan memelihara kebajikan mereka. Kajian ini membincangkan tentang konsep wakaf zuriat menurut perspektif Islam dan amalannya di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini mengenalpasti persepsi ahli waris terhadap kecekapan pelaksanaan pengurusan wakaf zuriat di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan bentuk pelaksanaan yang telah dijalankan oleh MAIN dalam membangunkan aset harta wakaf zuriat. Seterusnya, kajian ini mencadangkan model bagi menambahbaik pengurusan wakaf zuriat di Malaysia. Reka bentuk kajian terdiri daripada kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual, pemerhatian, dan dokumen yang dikumpulkan sebagai data primer. Data sekunder pula melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 40 orang responden. Manakala, kajian sebenar terhadap respondan pula dilaksanakan seramai 208 orang daripada empat buah negeri. Kajian mendapati bahawa wakaf zuriat masih mendapat perhatian oleh masyarakat umumnya kerana masih ada amalan wakaf zuriat yang diuruskan oleh kerajaan dan individu dalam membangunkan wakaf zuriat. Oleh itu, satu pendekatan yang efektif terhadap pengurusan wakaf zuriat perlu dibuat penelitian terutamanya dalam aspek pengurusan, pembangunan, dan seterusnya melaksanakan penambahbaikan terhadap model pengurusan wakaf zuriat yang sedia ada.