Amalan pengajaran dan pembelajaran dalam talian guru mata pelajaran Hifz al-Quran di sekolah-sekolah berasrama penuh TMUA / Nor Azam Abdullah

Mata pelajaran Hifz al-Quran di sekolah-sekolah SBP TMUA diajar secara bersemuka menggunakan kaedah talaqqi (bersemuka) dan musyafahah (bacaan mengikut bibir). Kaedah ini telah digunakan dalam pendidikan tahfiz al-Quran semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Namun pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Nor Azam
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76471/1/76471.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mata pelajaran Hifz al-Quran di sekolah-sekolah SBP TMUA diajar secara bersemuka menggunakan kaedah talaqqi (bersemuka) dan musyafahah (bacaan mengikut bibir). Kaedah ini telah digunakan dalam pendidikan tahfiz al-Quran semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Namun pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan, sekali gus telah membuka ruang kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Hifz al-Quran secara dalam talian. Proses PdP dalam talian merupakan perkara yang di luar kebiasaan guru subjek Hifz Al-Quran. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan PdP dalam talian guru-guru mata pelajaran Hifz al-Quran di sekolah sekolah SBP TMUA serta kesediaan mereka melaksanakan PdP dalam talian. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara tahap amalan PdP dalam talian guru guru Hifz al-Quran dengan tahap kesediaan mereka melaksanakan PdP dalam talian. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perbezaan tahap amalan PdP dalam talian guru-guru Hifz al-Quran mengikut sekolah. Data kajian ini dikumpulkan secara persampelan purposif melibatkan keseluruhan 219 orang guru mata pelajaran Hifz al Quran di empat buah SBP TMUA iaitu SMAP Bentong, SBPI Rawang, SBPI Batu Rakit dan SBPI Selandar. Guru-guru berkenaan diminta menjawab soal selidik secara dalam talian yang dibina dengan mengadaptasi borang penilaian Standard 4 SKPMg2 dan soal selidik Model Penerimaan Teknologi TAM. Analisis deskriptif dan inferens telah dijalankan ke atas data yang diperolehi menggunakan perisian SPSS versi 26. Hasil kajian ini mendapati amalan PdP dalam talian guru-guru Hifz al-Quran sekolah sekolah SBP TMUA berada pada tahap cemerlang. Kesediaan guru-guru berkenaan untuk melaksanakan PdP dalam talian juga tinggi. Terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap kesediaan guru-guru Hifz al-Quran melaksanakan PdP dalam talian dengan tahap amalan PdP dalam talian mereka. Tahap kesediaan guru hanya mempengaruhi tahap amalan guru pada kadar 4.8% sahaja. Oleh itu, kajian lanjutan boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap amalan PdP dalam talian guru. Kajian juga mendapati walaupun guru-guru Hifz al Quran sekolah-sekolah SBP TMUA semuanya cemerlang dalam melaksanakan PdP dalam talian, terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pelaksanaan PdP dalam talian SMAP Bentong dengan SBPI Batu Rakit. Oleh itu, sekolah-sekolah terlibat boleh duduk semeja membincangkan kekuatan dan kelemahan seterusnya melaksanakan program-program bersama yang dapat meningkatkan kualiti amalan guru sekolah masing-masing. Adalah diharapkan kajian ini dapat meningkatkan lagi kualiti PdP dalam talian guru-guru Hifz al-Quran sekali gus meningkatkan pencapaian mata pelajaran ini di peringkat SPM, insya-Allah.