Sistem pencegahan kebakaran di sekolah (sekolah kerajaan dan sekolah swasta) / Hasrul Nizam Kasrin

Sistem pencegahan kebakaran bukanlah satu sistem yang baru dalam sesebuah bangunan yang dibina. la merupakan sistem penting yang dipasang dalam sesebuah bangunan. Sesebuah bangunan yang akan diduduki mestilah dilengkapi dengan keselamatan yang terbaik untuk melindungi penghuni sekiranya berlaku keja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kasrin, Hasrul Nizam
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76513/1/76513.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem pencegahan kebakaran bukanlah satu sistem yang baru dalam sesebuah bangunan yang dibina. la merupakan sistem penting yang dipasang dalam sesebuah bangunan. Sesebuah bangunan yang akan diduduki mestilah dilengkapi dengan keselamatan yang terbaik untuk melindungi penghuni sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Satu kajian telah dijalankan untuk mengetahui tentang pencegahan kebakaran di sekolah kerajaan dan sekolah swasta. Kajian ini dijalankan kerana disebabkan isu berlakunya kebakaran di sekolah. Objektif kajian ini adalah mengkaji jenis peralatan pencegahan kebakaran yang digunakan di sekolah,mengkaji bagaimana prosedur penyelenggaraan dijalankan di sekolah, mengkaji masalah yang sering berlaku pada sistem pencegahan kebakaran di sekolah dan memberi cadangan penambahbaikan pada sistem pencegahan kebakaran di sekolah.Segala sistem pencegahan kebakaran dan sistem pencegahan kebakaran di sekolah diterangkan di dalam bab 2 dan 3. Dua kajian kes telah dilakukan iaitu sekolah kerajaan (3 buah sekolah) dan sekolah swasta (3 buah sekolah). Maklumat mengenaikajian kes iaitu latarbelakang, lokasi dan maklumat yang berkaitan diterangkan didalam bab 4. Segala maklumat daripada borang soalselidik yang diedarakan kepada30 responden setiap sekolah, temubual bersama wakil sekolah dan pemerhatian serta tinjauan ke sekolah akan dikumpul dan di analisa di dalam bab 5. Kesimpulan terhadap kajian dilakukan berpandukan analisa yang telah dibuat. Segala objektif kajian akan dirumuskan di dalam bab 6. Selain itu cadangan penambahbaikan system pencegahan kebakaran di sekolah diterangkan di dalam bab ini.