Analisa kebolehgunaan wakaf sebagai medium pemilikan hartanah Melayu / Hizan Wahed

Kajian ini membincangkan tentang bagaimana polisi dan dasar kerajaan dalam mengekalkan pemilikan hartanah Melayu termasuk bagaimana wakaf dapat dijadikan medium pemilikan hartanah Melayu. Pernyataan masalah utama bagi kajian ini adalah pemilikan hartanah orang Melayu kian merosot dan tanah wakaf tid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wahed, Hizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76695/1/76695.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang bagaimana polisi dan dasar kerajaan dalam mengekalkan pemilikan hartanah Melayu termasuk bagaimana wakaf dapat dijadikan medium pemilikan hartanah Melayu. Pernyataan masalah utama bagi kajian ini adalah pemilikan hartanah orang Melayu kian merosot dan tanah wakaf tidak dibangunkan secara produktif dan menguntungkan. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dasar Kerajaan dalam meningkatkan pemilikan hartanah Melayu, menganalisa aktiviti pembangunan hartanah Melayu yang menggunakan instrumen wakaf serta membangunkan satu model pembangunan hartanah wakaf bagi kelestarian pemilikan hartanah Melayu. Selain itu, kajian ini juga turut mengenengahkan instrumen wakaf zurri atau wakaf keluarga sebagai alternatif kepada penyelesaian isu pemilikan hartanah Melayu bagi menjamin prinsip kelangsungan aset wakaf. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temubual bersama informan pakar adalah sebagai kaedah utamanya. Kajian perpustakaan juga dilakukan dengan membuat rujukan melalui pelbagai sumber termasuk artikel berkaitan dan dokumen rasmi kerajaan. Hasil dan dapatan utama bagi kajian ini adalah pembentukan model pembangunan hartanah wakaf bagi kelestarian pemilikan hartanah Melayu. Polisi dan dasar kerajaan dalam meningkatkan pemilikan hartanah Melayu adalah bertujuan untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan bagi kemajuan negara. Kajian ini juga mengutarakan beberapa cadangan penyelesaian sebagai resolusi kepada apa yang telah dirumuskan dalam kajian ini. Cadangan dan rumusan kajian ini diharapkan dapat membantu memantapkan pentadbiran dan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri sebagai badan pelaksana kepada pembangunan hartanah wakaf di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga diharap akan dapat membantu pihak pembuat dasar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam merangka dasar dan polisi Kerajaan yang dapat memberi impak positif dalam pemilikan hartanah Melayu dan pembangunan hartanah wakaf di negara ini.