Kajian awal pengamalan teknik serta permasalahan yang dihadapi oleh pelajar klarinet / Juliana Kubu

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengamalan serta permasalahan yang dihadapi oleh pelajar klarinet. Kajian ini telah melibatkan seramai 4 orang pelajar dari Fakulti Seni Persembahan dan dua orang lagi ialah dari Fakulti Pendidikan yang mengambil program Sarjana Muda Pendidikan Seni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kubu, Juliana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77221/1/77221.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengamalan serta permasalahan yang dihadapi oleh pelajar klarinet. Kajian ini telah melibatkan seramai 4 orang pelajar dari Fakulti Seni Persembahan dan dua orang lagi ialah dari Fakulti Pendidikan yang mengambil program Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam Selangor. Pelajar-pelajar yang dipilih hanya terdiri dari mereka yang mengambil major klarinet dan juga ahli orkestra sahaja. Kaedah kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar klarinet. Terdapat dua jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini, antaranya ialah kaedah sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer lebih menumpukan kepada temubual yang dilakukan kepada responden, manakala sumber sekunder lebih menjurus kepada pencarian maklumat melalui artikel, jurnal dan juga bahan dari pangkalan data iaitu Internet. Dari hasil kajian ini dapat dilihat di mana pelajar menghadapi masalah iaitu asas asas dalam bermain klarinet, penghasilan ton, intonasi yang baik, sistem latihan yang efektif, sistem pernafasan yang betul, dan sistem tonguing yang betul. Selain itu, sintesis maklumat dapat juga didapati untuk membuat persamaan dan perbezaan kajian. Di samping itu, pada bab akhir penulis telah membuat kesimpulan dan saranan serta cadangan kepada kajian.