Model pentaksiran kompetensi holistik dalam pengajaran Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) / Zulkifli Mohd Sidi

Sektor Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) merupakan teras kepada proses pembangunan modal insan melahirkan graduan berkemahiran kepada industri negara. Sektor yang dijenamakan semula ini adalah hasil daripada transformasi yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) set...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sidi, Zulkifli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82210/1/82210.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sektor Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) merupakan teras kepada proses pembangunan modal insan melahirkan graduan berkemahiran kepada industri negara. Sektor yang dijenamakan semula ini adalah hasil daripada transformasi yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) setelah penambahbaikan daripada RMKe-10. Perubahan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang dikaji semula telah mengubah landskap sistem pendidikan dan latihan negara. Pemerkasaan dan arus perdanakan sektor ini telah mendapat tempat di kalangan masyarakat dalam memberi jaminan kepada graduan-graduan ke lapangan pekerjaan. Sektor ini menjadi platform kepada pelajar-pelajar yang memilih bidang kemahiran sebagai laluan kerjaya di industri-industri. Namun begitu, transformasi sektor ini telah membuka ruang untuk diterokai bersama di dalam pembangunan tenaga kerja berkemahiran supaya memenuhi keperluan industri semasa. Penyelidikan empirikal ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model pentaksiran kompetensi dengan ciri-ciri pengukuran pencapaian yang bersifat holistik. Penyelidikan ini merujuk kepada apakah kaedah terbaik untuk memenuhi objektif semasa yang diperlukan bagi menepati keberhasilan graduan-graduan berkualiti mengikut keperluan industri. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang merujuk kepada model Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) oleh Rita C. Richey, James D. Klein & Wayne A. Nelson (2007). Model ini dilaksanakan menerusi tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan penilaian model. Fasa pertama dimulai dengan temu bual dan disertai penyemakan konstruk instrumen oleh 4 orang pakar rujuk.