Pelaksanaan istibdal harta wakaf terhadap penjanaan dana tunai Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia / Afiffudin Mohammed Noor

Dalam usaha ke arah melestari pembangunan harta wakaf di Malaysia, pihak pentadbir wakaf khususnya Majlis Agama Islam Negeri menghadapi masalah kekangan dana yang amat serius. Dengan jumlah tanah wakaf yang ada di seluruh Malaysia serta kos perbelanjaan yang tinggi bagi melaksanakan pembangunan meny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammed Noor, Afiffudin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82841/1/82841.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam usaha ke arah melestari pembangunan harta wakaf di Malaysia, pihak pentadbir wakaf khususnya Majlis Agama Islam Negeri menghadapi masalah kekangan dana yang amat serius. Dengan jumlah tanah wakaf yang ada di seluruh Malaysia serta kos perbelanjaan yang tinggi bagi melaksanakan pembangunan menyebabkan hanya sebahagian sahaja tanah wakaf yang dapat dibangunkan. Dalam menghadapi masalah ini, ada sarjana mengatakan bahawa kaedah istibdal mampu menjana dana bagi pembangunan harta wakaf. Justeru matlamat kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan istibdal harta wakaf terhadap penjanaan dana tunai Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan berdasarkan kepada dua metode utama iaitu metode lapangan dan metode kepustakaan. Melalui metode lapangan, pengkaji menghadirkan diri ke Majlis Agama Islam Negeri yang merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf di Malaysia bagi mendapatkan data berkenaan dengan pelaksanaan istibdal. Data tersebut diperoleh melalui kaedah analisis dokumen dan juga temubual. Seterusnya data berkenaan dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Bagi metode kepustakaan, pengkaji merujuk kepada kitab-kitab klasik, buku-buku kontemporari, jurnal, makalah dan juga kajian-kajian yang lalu yang berkaitan dengan tajuk kajian.