Algoritma pengesah laporan kenampakan anak bulan / Muhamad Syazwan Faid

Anak bulan merupakan fenomena di mana kenampakan anak bulan yang pertama dilihat selepas bulan berada sejajar dengan matahari dan bumi. Terdapat beberapa tamadun yang menggunakan fenomena terutamanya kenampakan anak bulan dalam penentuan tarikh-tarikh penting sepanjang tahun. Umat Islam secara khusu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Faid, Muhamad Syazwan
格式: Thesis
語言:English
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/84339/1/84339.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Anak bulan merupakan fenomena di mana kenampakan anak bulan yang pertama dilihat selepas bulan berada sejajar dengan matahari dan bumi. Terdapat beberapa tamadun yang menggunakan fenomena terutamanya kenampakan anak bulan dalam penentuan tarikh-tarikh penting sepanjang tahun. Umat Islam secara khususnya, menggunakan kenampakan anak bulan bagi penentuan awal bulan Hijrah dan tarikh penting dalam ibadat seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha. Oleh kerana kenampakan anak bulan bergantung kepada cerapan mata kasar, ini menjadikan kenampakan anak bulan tersebut subjektif kepada fisiologi pencerap, keadaan cuaca, kecerahan langit senja, kecerahan anak bulan, dan instrumen yang digunakan semasa cerapan. Ia seterusnya memberi kesan kepada cerapan anak bulan dalam bentuk kekeliruan dan kesilapan dalam melaporkan kenampakan anak bulan. Ini dibuktikan dengan wujudriya beberapa laporan kenampakan anak bulan yang didapati mempunyai parameter kedudukan bulan dan matahari yang menyelisihi daripada beberapa hasil penelitian terhadap limitasi kenampakan anak bulan. Penerimaan secara bulat-bulat laporan kenampakan anak bulan yang silap akan menyebabkan kecelaruan dalam penentuan kalendar Islam. Contoh terbaik kecelaruan ini ialah perbezaan pada penentuan tarikh-tarikh penting dalam bulan Hijrah seperti Aidilfitri, Aidiladha dan Ramadhan.