Wakaf pendidikan tinggi kajian kes pengurusan Kolej Islam Malaya / Muhammad Hamizan Ab Hamid

Wakaf pendidikan tinggi merupakan aset yang penting dalam pembangunan kecemerlangan pelajar. Wakaf pendidikan tinggi menyediakan peluang dan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sekaligus menyediakan ruang untuk umat Islam melakukan amal kebajikan. Kajian ini bertujuan meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Hamid, Muhammad Hamizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/86290/1/86290.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wakaf pendidikan tinggi merupakan aset yang penting dalam pembangunan kecemerlangan pelajar. Wakaf pendidikan tinggi menyediakan peluang dan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sekaligus menyediakan ruang untuk umat Islam melakukan amal kebajikan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengurusan awal kewujudan Kolej Islam Malaya (selepas ini disebut sebagai KIM) dan ketika beroperasi. Sehubungan itu, kajian dilakukan terhadap faktor penutupan KIM dan ke mana perginya aset yang dimiliki. Seterusnya, kajian mencadangkan penambahbaikan pengurusan institusi pendidikan tinggi yang lestari. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan dokumen yang dikumpulkan sebagai data primer. Dapatan kajian mendapati KIM merupakan sebuah institusi pendidikan yang menjadikan wakaf sebagai aset pendanaan pendapatan dalam operasinya bagi melestarikan pendidikan tinggi. KIM menguruskan dana wakaf melalui sumbangan orang ramai, hasil sewaan, sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan badan korporat. Namun, KIM tidak mampu dilestarikan kerana pertama terdapatnya kelemahan dalam penjanaan aset wakaf KIM ; kedua, arahan penggabungan wakaf pendidikan tinggi KIM di bawah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ; ketiga, kelemahan mendapat sokongan bantuan derma daripada orang ramai ; keempat, kelemahan dalam perancangan jangka masa panjang ; kelima, kurangnya perhatian Majlis Agama Islam Negeri terhadap wakaf pendidikan tinggi KIM dan keenam, perancangan negara tidak melihat kepentingan wakaf pendidikan tinggi KIM. Justeru, pelaksanaan wakaf pendidikan yang dilaksanakan di KIM boleh dijadikan sebagai iktibar kepada institusi pendidikan lain dalam usaha untuk membangunkan harta wakaf. Oleh itu, model yang wujud dalam institusi wakaf ini perlulah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik agar dapat menjadi jaminan serta pemangkin kepada sistem pembiayaan pendidikan umat Islam.