Kompetensi eksekutif halal dalam industri makanan halal: kajian di lembah Klang / Amira Rashada Affendi

Perkembangan pesat industri halal di Malaysia telah berjaya menembusi pasaran global khususnya dalam sektor makanan halal yang telah meletakkan Malaysia dikalangan negara yang disegani dan dipandang tinggi di seluruh dunia. Persijilan halal Malaysia yang diakui sebagai antara yang terbaik di arena a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Affendi, Amira Rashada
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88695/1/88695.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan pesat industri halal di Malaysia telah berjaya menembusi pasaran global khususnya dalam sektor makanan halal yang telah meletakkan Malaysia dikalangan negara yang disegani dan dipandang tinggi di seluruh dunia. Persijilan halal Malaysia yang diakui sebagai antara yang terbaik di arena antarabangsa adalah pemacu utama kejayaan dan perkembangan pesat industri halal Malaysia. Walau bagaimanapun, pengurusan halal yang cemerlang adalah di bawah tanggungjawab seorang individu yang dikenali sebagai eksekutif halal. Perlantikan eksekutif halal dalam sesebuah syarikat merupakan salah satu faktor kejayaan dalam menyokong pembangunan komprehensif dan masa depan industri halal Malaysia. Oleh itu,kompetensi seorang eksekutif halal mestilah diambil kira bagi memastikan setiap pengurusan halal dalam sesebuah organisasi dipertanggungjawabkan kepada individu yang benar-benar kompeten. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti standard profesionalisme eksekutif halal berpandukan sama ada Sistem Pengurusan HalalMalaysia (MHMS), Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), JAKIMdan Standard Program: Pengajian Halal, MQA, mengukur pengaruh latar belakang pendidikan, pengetahuan dan latihan pensijilan halal terhadap kompetensi seorang eksekutif halal, serta mencadangkan penambah baikan kriteria eksekutif halal yang lebih kompeten di dalam industri makanan halal kepada Sistem Pensijilan danPendidikan halal di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah sequential exploratorystrategy di mana data kuantitatif dikumpulkan dan dianalisis terlebih dahulu dan membuat penjelasan dengan lebih terperinci menggunakan data kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah bebas (latar belakang pendidikan, pengetahuan dan latihan pensijilan halal) mempunyai hubungan yang signifikan terhadap kompetensi eksekutif halal. Akhir sekali, pengkaji telah mencadangkan beberapa penambahbaikan kriteria eksekutif halal yang lebih kompeten bagi melahirkan eksekutif halal yang professional bukan sahaja dalam industri makanan halal di Malasyia, tetapi juga di seluruh dunia.