Hubungan kehidupan beragama dengan kepuasan kehidupan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Manjung / Nur Athira Hanis Ishak

Manusia bebas untuk memilih kehidupan yang dimahukan tetapi, sekiranya pilihan yang dibuat bertentangan dengan Islam akan menyebabkan kecelaruan kepada manusia tersebut. Justeru, melayari kehidupan dengan beragama adalah kunci utama yang akan memberi kebahagiaan sekaligus kepuasan dalam kehidupan. N...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Nur Athira Hanis
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/88710/1/88710.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manusia bebas untuk memilih kehidupan yang dimahukan tetapi, sekiranya pilihan yang dibuat bertentangan dengan Islam akan menyebabkan kecelaruan kepada manusia tersebut. Justeru, melayari kehidupan dengan beragama adalah kunci utama yang akan memberi kebahagiaan sekaligus kepuasan dalam kehidupan. Namun, masih ramai yang membelakangkan agama dan mengejar dunia semata mata. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan kehidupan beragama dengan kepuasan kehidupan dalam kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Daerah Manjung.Objektif khusus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kehidupan beragama dan kepuasan kehidupan pelajar sekolah menengah kebangsaan Daerah Manjung. Selain itu,objektif kajian adalah untuk melihat tahap perbezaan kehidupan beragama dan kepuasan kehidupan yang signifikan mengikut jantina pelajar sekolah menengah kebangsaan daerah Manjung. Skop kajian hanya melibatkan kehidupan beragama dan kepuasan kehidupan yang bersandarkan kepada Teori Kebahagiaan Al- Ghazali sahaja.Kajian dijalankan terhadap 366 orang pelajar tingkatan 4 sekolah menengah kebangsaan Daerah Manjung yang beragama Islam. Kajian melibatkan pengumpulan data daripada perpustakaan, laman web antarabangsa, rujukan ilmiah serta pengedaran borang soalselidik. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif dengan pendekatan deskriptif dan menggunakan pensampelan rawak strata. Instrumen yang digunakan adalah borang soalselidik yang telah disemak oleh sembilan orang pakar kemudian telah dibaiki dan dihantar semula kepada beberapa panel pakar untuk semakan kali kedua sebelum dijalankan kajian rintis. Hasil dapatan analisis menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan secara signifikan tahap kehidupan beragama bagi pelajar lelaki dan perempuan, manakala bagi tahap kepuasan kehidupan pelajar lelaki dan perempuan,juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Kajian ini membuktikan terdapat hubungan antara kehidupan beragama dengan kepuasan kehidupan. Implikasi dancadangan dikemukan kepada kementerian pendidikan dari sudut strategi penambahansilibus terhadap pendekatan penyucian jiwa dan rohani supaya dapat menambah kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam dalam diri pelajar seawal yang mungkin tanpa sebarang pengecualian.