Kajian terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menurut perspektif maqasid syariᶜah / Muhammad Firdaus Hadi Fadzilah Shahimi

Sesuatu akta yang diperkenalkan di bawah Perlembagaan Malaysia mempunyai kepentingan dan peranannya tersendiri sebagai rujukan bagi setiap ahli undang-undang dan mereka yang berkaitan dalam bidang ini. Pengkaji tertarik untuk mengetengahkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSM...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fadzilah Shahimi, Muhammad Firdaus Hadi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89370/1/89370.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sesuatu akta yang diperkenalkan di bawah Perlembagaan Malaysia mempunyai kepentingan dan peranannya tersendiri sebagai rujukan bagi setiap ahli undang-undang dan mereka yang berkaitan dalam bidang ini. Pengkaji tertarik untuk mengetengahkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 SOSMA 2012 yang telah menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sebelum ini sebagai tajuk kajian. Sehubungan itu, matlamat kajian ialah menilai kedudukan SOSMA menurut perspektif maqasid Syariᶜah dari sudut penguatkuasaan dan perlaksanaanya. Selain itu, objektif kajian ialah mengenalpasti latar belakang dan elemen kritikal dalam SOSMA serta menganalisis kedudukan Maqasid Syariᶜah dalam Perundangan Islam. Oleh yang demikian, metode yang digunakan ialah kualitatif yang berbentuk penerokaan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kajian perpustakaan yang memerlukan analisis dokumen seperti akta, keputusan kehakiman serta meneliti kitab-kitab turath dalam merungkai permasalahan perbandingan di antara Maqasid SYARIᶜAH dan pengaplikasiannya terhadap undang-undang. Selain itu, pengkaji menggunakan teknik temu bual semi struktur bagi mendapatkan pandangan sarjana mengenai isu ini. Penganalisaan turut dilakukan menggunakan pendekatan induktif dan komparatif. Dapatan pengkaji ialah SOSMA merupakan undang-undang subversif yang selari dengan tuntutan Maqasid Syariᶜah dari segi prosedur pelaksanaan. Namun dari segi penguatkuasaannya, SOSMA memerlukan semakan terperinci supaya maksud SOSMA selari dengan kehendak Maqasid Syariᶜah.