Reconditioning of waste polyolefin using dissolution/re- precipitation technique : a characterisation and modelling

Poliolefin tergolong dalam kumpulan termoplastik dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Teknologi pembuangan sisa plastik semasa adalah kurang sesuai disebabkan oleh peraturan baru, peningkatan kos serta kebanyakkan polimer yang biasa digunakan tidak bersifat biodegradasi. Kaedah pemu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hadi, Arkan Jasim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/37232/1/Reconditioning%20of%20waste%20polyolefin%20using%20dissolutionbreprecipitation%20technique%20a%20characterisation%20and%20modelling.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Poliolefin tergolong dalam kumpulan termoplastik dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi. Teknologi pembuangan sisa plastik semasa adalah kurang sesuai disebabkan oleh peraturan baru, peningkatan kos serta kebanyakkan polimer yang biasa digunakan tidak bersifat biodegradasi. Kaedah pemulihan mekanikal dan kimia masih menjadi kaedah pembuangan sisa plastik yang lestari. Gabungan kedua-dua kaedah pemulihan iaitu mekanikal dan kimia menjanjikan keuntungan jangka panjang yang besar, terutamanya berkaitan dengan pembuangan sisa poliolefin. Untuk memperolehi sifat-sifat yang diingini dalam poliolefin terawat bagi setiap teknik perlarutan, selektiviti, ketahanan dan kelestarian pelarut adalah sangat penting. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghasilkan pelarut yang bersifat tahan lama dan lestari bagi proses pemulihan polietilena (PE) dan polipropilena (PP) terpakai menggunakan teknik perlarutan/pemendakan. Sisa poliolefin daripada LDPE, HDPE dan PP telah dilakukan proses pemulihan menggunakan satu set pelarut organik bukan-polar yang asli dan bercampur, pada pelbagai nisbah poliolefin dan pelarut. Polimer yang telah terpulih telah dibandingkan dengan polimer poliolefin asli. Produk-produk sisa komersial (beg, bekas pencuci, pipet makmal, bekas cecair kimia, beberapa bahan farmaseutikal dan produk-produk makanan runcit) dan model polimer telah digunakan sebagai bahan mentah. Pelarut organik baru dan yang teradun telah digunakan dalam kajian ini iaitu pelarut tulen mesitilena, turpentine, dan eter petroleum serta pelarut teradun seperti toluene, campuran xylene dan eter petroleum. Pemulihan polimer dengan menggunakan pelarut yang dicadangkan adalah lebih baik iaitu 94% untuk semua sampel dan untuk keadaan eksperimen yang berbeza-beza (seperti nisbah yang berbeza dan suhu-suhu pelarut). Sifat-sifat polimer ini dipengaruhi hasil kajian melalui FTIR, ketumpatan polimer, berat molekul, ciri-ciri haba (titik pencairan, haba campuran dan penghabluran) dan ciri-ciri mekanikal (tekanan pada beban maksima, tekanan pada hasil, kepanjangan pada sela masa dan modul-modul elastik).