Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik

Fenomena kegagalan lesu dalam talian paip gas sewajarnya dikesan sejak peringkat awal lagi kerana akibatnya yang sangat buruk, dan aplikasi teknologi pancaran akustik dijangka sesuai untuk tujuan mi. Objektif utama projek mi adalah untuk mengkaji korelasi antara isyarat pancaran akustik dengan perin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fadhlan, Mohd Yusof
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9026/1/MOHD%20FADHLAN%20BIN%20MOHD%20YUSOF.PDF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ump-ir.9026
record_format uketd_dc
institution Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
collection UMPSA Institutional Repository
language English
topic TA Engineering (General)
Civil engineering (General)
spellingShingle TA Engineering (General)
Civil engineering (General)
Mohd Fadhlan, Mohd Yusof
Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
description Fenomena kegagalan lesu dalam talian paip gas sewajarnya dikesan sejak peringkat awal lagi kerana akibatnya yang sangat buruk, dan aplikasi teknologi pancaran akustik dijangka sesuai untuk tujuan mi. Objektif utama projek mi adalah untuk mengkaji korelasi antara isyarat pancaran akustik dengan peringkat-peringkat tertentu dalam mekanisme lesu bagi keluli talian paip API 5L X70 yang jarang ditemui sebelum mi. Bagi mencapai objektif tersebut, ujian makmal telah dilakukan dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ujian tegangan dan ujian lesu. Ketika ujian lesu, spesimen dikenakan tegasan berkitar balikan sepenuhnya dengan frekuensi bebanan 5Hz dan amplitud tegasan sebanyak 65%, 60%, 58% dan 53% daripada tegasan muktamad. Isyarat pancaran akustik turut dicerap daripada kedua-dua bahagian ujian tersebut. Selain ujian makmal, ujian lapangan turut dilakukan dengan mencerap isyarat pancaran akustik daripada bahagian simpang talian paip gas yang sedang beroperasi untuk tujuan perbandingan. Berdasarkan keputusan ujian tegangan yang dilakukan terhadap keluli API 5L X70, didapati bahawa nilai tegasan alah, tegasan muktamad clan terikan keseluruhan yang dicatatkan masing-masing adalah 637.8 MPa, 706.5 MPa, dan 0.246 mmlmm. Hasil kajian korelasi isyarat pancaran akustik dengan lengkung tegasan-terikan bagi keluli API 5L X70 telah menunjukkan bahawa aktiviti pancaran akustik sangat aktif pada ubah bentuk e1astik. Korelasi isyarat pancaran akustik dengan ujian lesu bagi spesimen yang dikenakan tegasan amplitud yang berlainan telah menunjukkan bahawa trend taburan aktiviti pancaran akustik yang dicerap dapat dibahagikan kepada tiga peringkat. Ketiga-tiga peringkat mi sangat dipengaruhi oleh fenomena pengerasan berkitar dan perlembutan berkitar yang berlaku semasa beban berkitar dikenakan. Analisis ciri-ciri pancaran akustik bagi isyarat-isyarat yang terjana pada ketiga - tiga peringkat di dalam mekanisme lesu menunjukkan bahawa nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat domain frekuensi daripada mekanisme lesu dengan operasi sebenar talian paip telah menunjukkan perbezaan. Nilai frekuensi dominan yang dicatatkan pada peringkat kedua dan ketiga dalam mekanisme lesu masing-masing berada pada julat antara 314 kHz hingga 364 kHz, dan 312 kHz hingga 380 kHz. Manakala nilai frekuensi dominan bagi isyarat domain frekuensi daripada ujian lapangan berjulat antara 50.05kHz hingga 68.36 kHz. Namun, perbandingan nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat yang dicerap pada ketiga-tiga peringkat semasa mekanisme lesu tidak menunjukkan perbezaan yang jelas. Keputusan analisis parameter statistik bagi isyarat-isyarat domain masa pancaran akustik daripada ujian lesu dan ujian lapangan menunjukkan bahawa nilai kurtosis hanya dapat memberikan perbezaan antara isyarat yang dicerap daripada ujian lapangan dan peringkat retak sahaja. Oleh itu analisis komponen utama telah diaplikasikan dan analisis mi ditemui berupaya untuk membezakan isyarat-isyarat domain frekuensi daripada ketiga-tiga peringkat semasa mekanisme lesu dan operasi sebenar talian paip gas. Modifikasi persembahan keputusan analisis komponen utama dengan mengaplikasikan plot dendrogram telah menunjukkan perbezaan kelompok isyarat pancaran akusfik daripada peringkat yang berbeza dengan lebih jelas. Isyarat pancaran akustik yang dicerap daripada lapangan turut berada pada kelompok yang sangat berbeza daripada kelompok isyarat-isyarat daripada mekanisme lesu. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa korelasi isyarat pancaran akustik dengan mekanisme lesu dapat dijadikan panduan di dalam memantau dan menilai fenomena lesu dalam talian paip semasa operasi.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Mohd Fadhlan, Mohd Yusof
author_facet Mohd Fadhlan, Mohd Yusof
author_sort Mohd Fadhlan, Mohd Yusof
title Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
title_short Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
title_full Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
title_fullStr Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
title_full_unstemmed Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
title_sort pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik
granting_institution Universiti Kebangsaan Malaysia
granting_department Faculty of Engineering and Built Environment
publishDate 2012
url http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9026/1/MOHD%20FADHLAN%20BIN%20MOHD%20YUSOF.PDF
_version_ 1783731947514626048
spelling my-ump-ir.90262021-06-10T06:39:38Z Pemantauan dan penilaian retak lesu ke atas talian paip gas dengan menggunakan teknologi pancaran akustik 2012 Mohd Fadhlan, Mohd Yusof TA Engineering (General). Civil engineering (General) Fenomena kegagalan lesu dalam talian paip gas sewajarnya dikesan sejak peringkat awal lagi kerana akibatnya yang sangat buruk, dan aplikasi teknologi pancaran akustik dijangka sesuai untuk tujuan mi. Objektif utama projek mi adalah untuk mengkaji korelasi antara isyarat pancaran akustik dengan peringkat-peringkat tertentu dalam mekanisme lesu bagi keluli talian paip API 5L X70 yang jarang ditemui sebelum mi. Bagi mencapai objektif tersebut, ujian makmal telah dilakukan dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ujian tegangan dan ujian lesu. Ketika ujian lesu, spesimen dikenakan tegasan berkitar balikan sepenuhnya dengan frekuensi bebanan 5Hz dan amplitud tegasan sebanyak 65%, 60%, 58% dan 53% daripada tegasan muktamad. Isyarat pancaran akustik turut dicerap daripada kedua-dua bahagian ujian tersebut. Selain ujian makmal, ujian lapangan turut dilakukan dengan mencerap isyarat pancaran akustik daripada bahagian simpang talian paip gas yang sedang beroperasi untuk tujuan perbandingan. Berdasarkan keputusan ujian tegangan yang dilakukan terhadap keluli API 5L X70, didapati bahawa nilai tegasan alah, tegasan muktamad clan terikan keseluruhan yang dicatatkan masing-masing adalah 637.8 MPa, 706.5 MPa, dan 0.246 mmlmm. Hasil kajian korelasi isyarat pancaran akustik dengan lengkung tegasan-terikan bagi keluli API 5L X70 telah menunjukkan bahawa aktiviti pancaran akustik sangat aktif pada ubah bentuk e1astik. Korelasi isyarat pancaran akustik dengan ujian lesu bagi spesimen yang dikenakan tegasan amplitud yang berlainan telah menunjukkan bahawa trend taburan aktiviti pancaran akustik yang dicerap dapat dibahagikan kepada tiga peringkat. Ketiga-tiga peringkat mi sangat dipengaruhi oleh fenomena pengerasan berkitar dan perlembutan berkitar yang berlaku semasa beban berkitar dikenakan. Analisis ciri-ciri pancaran akustik bagi isyarat-isyarat yang terjana pada ketiga - tiga peringkat di dalam mekanisme lesu menunjukkan bahawa nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat domain frekuensi daripada mekanisme lesu dengan operasi sebenar talian paip telah menunjukkan perbezaan. Nilai frekuensi dominan yang dicatatkan pada peringkat kedua dan ketiga dalam mekanisme lesu masing-masing berada pada julat antara 314 kHz hingga 364 kHz, dan 312 kHz hingga 380 kHz. Manakala nilai frekuensi dominan bagi isyarat domain frekuensi daripada ujian lapangan berjulat antara 50.05kHz hingga 68.36 kHz. Namun, perbandingan nilai frekuensi dominan bagi isyarat-isyarat yang dicerap pada ketiga-tiga peringkat semasa mekanisme lesu tidak menunjukkan perbezaan yang jelas. Keputusan analisis parameter statistik bagi isyarat-isyarat domain masa pancaran akustik daripada ujian lesu dan ujian lapangan menunjukkan bahawa nilai kurtosis hanya dapat memberikan perbezaan antara isyarat yang dicerap daripada ujian lapangan dan peringkat retak sahaja. Oleh itu analisis komponen utama telah diaplikasikan dan analisis mi ditemui berupaya untuk membezakan isyarat-isyarat domain frekuensi daripada ketiga-tiga peringkat semasa mekanisme lesu dan operasi sebenar talian paip gas. Modifikasi persembahan keputusan analisis komponen utama dengan mengaplikasikan plot dendrogram telah menunjukkan perbezaan kelompok isyarat pancaran akusfik daripada peringkat yang berbeza dengan lebih jelas. Isyarat pancaran akustik yang dicerap daripada lapangan turut berada pada kelompok yang sangat berbeza daripada kelompok isyarat-isyarat daripada mekanisme lesu. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa korelasi isyarat pancaran akustik dengan mekanisme lesu dapat dijadikan panduan di dalam memantau dan menilai fenomena lesu dalam talian paip semasa operasi. 2012 Thesis http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9026/ http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/9026/1/MOHD%20FADHLAN%20BIN%20MOHD%20YUSOF.PDF application/pdf en public masters Universiti Kebangsaan Malaysia Faculty of Engineering and Built Environment