Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan dalam kalangan keluarga etnik Rungus di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan keluarga etnik Rungus di daerah Kudat dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 243 responden lelaki dan perempuan (111 kawasan bandar dan 132 luar bandar) yang mempunyai ana...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
语言: | English |
出版: |
2009
|
主题: | |
在线阅读: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10027/1/mt0000000493.pdf |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan keluarga etnik Rungus di daerah Kudat dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 243 responden lelaki dan perempuan (111 kawasan bandar dan 132 luar bandar) yang mempunyai anak berumur 7 hingga 17 tahun dan tinggal dalam keluarga yang Iengkap telah dijadikan responden kajian.
Pendekatan kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik Economic Strain Questionnaire (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS) mengukur kualiti perkahwinan dan Parent's Report (PR) mengukur tingkah laku keibubapaan. Secara keseluruhannya,hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kesulitan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan
tingkah laku keibubapaan. Selain itu, didapati kesulitan ekonomi dan kualiti perkahwinan memberikan pengaruh ke atas tingkah laku keibubapaan. |
---|