Mengkaji keupayaan Rizab Hidupan Liar Tabin sebagai destinasi pelancongan alam semulajadi

Kajian ini telah dijalankan di Rizab Hidupan Liar Tabin (lWR). TWR adalah merupakan rizab hidupan liar yang terbesar di Sabah dengan keluasan 120,521 ha dan merangkumi hutan primer, hutan sekunder, hutan paya bakau dan hutan pinggir sungai. TWR dikelilingi oleh ladang kelapa sawit kecuali bahagian t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noraini Nasaruddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10118/1/mt0000000509.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah dijalankan di Rizab Hidupan Liar Tabin (lWR). TWR adalah merupakan rizab hidupan liar yang terbesar di Sabah dengan keluasan 120,521 ha dan merangkumi hutan primer, hutan sekunder, hutan paya bakau dan hutan pinggir sungai. TWR dikelilingi oleh ladang kelapa sawit kecuali bahagian timur laut. Objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti produk pelancongan alam semulajadi yang terdapat di TWR (tarikan fizikal, fauna, flora dan cara hidup penduduk tempatan); (ii) menilai potensi TWR sebagai destinasi pelancongan alam semulajadi melalui soal selidik kepada pelancong dan pemandu pelancong serta kemudahan yang terdapat di TWR; dan (iii) menilai persepsi penduduk setempat (Kg. Tidong, Kg. Dagat dan Kg. Parit) dan pekerja ladang berkaitan aktiviti pelancongan alam semulajadi di TWR. Terdapat banyak tarikan di TWR; seperti aktiviti memerhati hidupan liar terutamanya disekitar gunung berapi lumpur dan semasa aktiviti menyuluh malam. Disamping itu, terdapat juga tumbuhan dipterokarp yang tinggi, tumbuhan berbunga dan pokok ara yang membekalkan sumber makanan kepada fauna serta berbagai jenis halia liar yang menarik di TWR. Bagi tarikan fizikal pula, TWR menawarkan gunung berapi lumpur yang jarang ditemui, air terjun dan jeram serta sungai. Kemudahan infrastruktur di TWR telah disediakan untuk penyelidikan dan aktiviti pelancongan oleh Jabatan Hidupan liar Sabah (Stesen Tabin) dan Tabin Wildlife Sdn Bhd (lWSB). Namun begitu, beberapa aspek tambahan perlu diberi perhatian seperti keperluan asas dan kemudahan para pelancong serta pemuliharaan kawasan TWR. Daripada soal selidik yang telah dijalankan, secara keseluruhannya penduduk tempatan dan pekerja ladang menyokong aktiviti pemuliharaan dan pelancongan alam semulajadi yang dijalankan di TWR. TWR mempunyai potensi yang besar dalam menjadi sebuah destinasi pelancongan alam semulajadi secara khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.