Perubahan sosial masyarakat petani: kajian kes di kampung Piasau, Kota Belud

Kajian ini meneliti perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat petani padi di Kampung Piasau, Kota Belud. Perubahan sosial dilihat dari segi pengaruh perubahan teknologi dan perkembangan pasaran terhadap amalan pertanian dan hubungan sosial masyarakat petani. Data telah diperolehi dengan menggu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Maine Suadik
格式: Thesis
语言:English
出版: 2008
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10153/1/mt0000000513.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini meneliti perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat petani padi di Kampung Piasau, Kota Belud. Perubahan sosial dilihat dari segi pengaruh perubahan teknologi dan perkembangan pasaran terhadap amalan pertanian dan hubungan sosial masyarakat petani. Data telah diperolehi dengan menggunakan pendekatan etnografi terhadap 60 orang informan yang terdiri daripada petani yang mempunyai tanah sama ada dipinjam atau dimiliki dan aktif melakukan aktiviti pertanian padi secara sepenuh masa dan separuh masa. Hasil kajian mendapati kehidupan sosial masyarakat petani telah mengalami perubahan akibat daripada pengaruh teknologi dan pasaran. Perkembangan teknologl menyebabkan banyak amalan pertanian yang asal tidak lagi dipraktikkan oleh petani. Sistem pasaran pula telah mengubah corak penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan meningkatkan mode pengeluaran untuk tujuan memenuhi keperluan harian dan kehendak pasaran. Pembaharuan teknologi dan perkembangan pasaran juga turut mengubah hubungan sosial yang sedia ada dalam masyarakat. Oleh kerana aspek teknologi dan pasaran sangat berpengaruh di dalam membawa perubahan sosial sesebuah masyarakat, kedua-duanya harus diberikan perhatian dalam merancang pembangunan komuniti khususnya komuniti tani luar bandar.