Analisis kandungan akhbar liputan pilihan raya DUN Sabah 1999

Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan akhbar yang bertujuan untuk menganalisa saiz ruang dan kecenderungan parti serta kekerapan parti-parti, tokoh-tokoh dan isu-isu dalam pelaporan liputan (Tajuk, isi Berita dan Gambar) tiga akhbar harian utama berbahasa Inggeris Sabah, iaitu New Sabah T...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sri Wahyuni Bunari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10167/1/mt0000000518.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan akhbar yang bertujuan untuk menganalisa saiz ruang dan kecenderungan parti serta kekerapan parti-parti, tokoh-tokoh dan isu-isu dalam pelaporan liputan (Tajuk, isi Berita dan Gambar) tiga akhbar harian utama berbahasa Inggeris Sabah, iaitu New Sabah Times (NST), Borneo Post (BP) dan Daily Express (DE), terhadap liputan kempen parti-parti politik dalam Pilihan raya Negeri atau Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dari 2 hingga 13 Mac 1999. Selain mengkaji kecenderungan dan kekerapan dua kumpulan utama parti, iaitu Barisan Nasional (SN) dan Parti Pembangkang, kategori lain yang dikaji termasuklah juga kekerapan semua parti yang bertanding, tokoh terpilih yang paling popular dan isu yang paling banyak disiarkan. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan ujian Anova Satu Hala terhadap saiz dan bilangan kecenderungan parti. Manakala ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menguji hubungan atau tahap persamaan di antara Pencatat Pertama (Penyelidik) dan Pencatat Kedua. Separuh danpada hasil Ujian Anova Satu Hala menunjukkan hasil yang signifikan (perbezaan yang ketara) terhadap hampir semua saiz dan bilangan kecenderungan Parti BN dan Pembangkang dalam liputan akhbar. Ini menyokong hipotesis kajian bahawa SN mendapat ruang yang lebih luas berbanding Parti pembangkang dan Neutral. Manakala sebahagian daripada ujian tersebut menunjukkan hasil yang tidak signifikan di antara parti-parti BN dan Pembangkang serta Neutral. Ini menunjukkan akhbar-akhbar harian di Sabah juga turut memberi peluang kepada kedua-dua Parti Pembangkang dan BN, samada liputan secara positif, negatif dan neutral. Bagaimanapun akhbar-akhbar tersebut memberikan ruang yang lebih banyak kepada BN berbanding Pembangkang atau liputan Neutral.