Pelaksanaan Program j-QAF dalam pengajaran Pendidikan Islam KBSR gabungan Kota Kinabalu Sabah
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi antara Pentadbir, GPI dan Guru j-QAF dari aspek pelaksanaan, penjadualan dan kerjasama terhadap program j-QAF. Selain itu, kajian juga turut meninjau pengaruh sesi persekolahan dan pengaruh pengalaman bekerja terhadap pelaksanaan j-QAF. Di...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English |
منشور في: |
2006
|
الوصول للمادة أونلاين: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10175/1/mt0000000524.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi antara Pentadbir, GPI dan Guru j-QAF dari aspek pelaksanaan, penjadualan dan kerjasama terhadap program j-QAF. Selain itu, kajian juga turut meninjau pengaruh sesi persekolahan dan pengaruh pengalaman bekerja terhadap pelaksanaan j-QAF. Di samping itu, hubungan antara penjadualan dan kerjasama dengan pelaksanaan j-QAF turut dikaji. Kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik diaplikasikan dalam kajian ini. Prosedur kajian dijalankan ke atas Pentadbir, Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF iaitu seramai 160 orang yang terdiri daripada 60 orang Pentadbir, 50 orang Guru GPI dan 50 orang Guru j-QAF yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (min), inferens (Ujian-t), ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan Pentadbir, GPI dan Guru j-QAF mempunyai persepsi yang positif terhadap program j-QAF dari aspek pelaksanaan, penjadualan dan kerjasama dengan mencatat skor min melebihi 3.0. Perbezaan persepsi antara kumpulan tersebut aclalah di bawah 0.05, p<0.05. Pengalaman bekerja mempengaruhi pelaksanaan, penjadualan
dan kerjasama terhadap program j-QAF dengan cacatan 0.000, p<0.05 mana kala sesi persekolahan tidak mempengaruhi pelaksanaan penjadualan dan kerjasama terhadap program j-QAF dengan catatan p> 0.05. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara penjadualan dan kerjasama dengan pelaksanan program j-QAF dengan catatan r = 0.49 dan r = 0.42. Diharap maldumat yang diperoleh daripada
hasil kajian ini dapat mernbantu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam program j-QAF demi untuk menjamin keperkasaan Pendidikan
Islam. |
---|