Penilaian keberkesanan pengurangan kemiskinan di kalangan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia di daerah Kota Belud, Pantai Barat Sabah

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian peserta program anjuran AIM dan mengukur pencapaian peserta AIM melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) setelah terlibat di dalam program AIM. Kajian ini memfokuskan kepada peserta program AIM iaitu wanita di daerah Kot...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hafizal Ramli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10188/1/mt0000000535.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian peserta program anjuran AIM dan mengukur pencapaian peserta AIM melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) setelah terlibat di dalam program AIM. Kajian ini memfokuskan kepada peserta program AIM iaitu wanita di daerah Kota Belud di bawah wilayah Pantai Barat Sabah. Responden dipilih secara persampelan strata di mana ia mewakili setiap cawangan kumpulan. Seramai 400 orang peserta yang menyertai program yang dianjurkan oleh AIM telah menjadi responden bagi kajian ini. Instrumen utama kajian ini ialah kaedah temubual dan borang soal-selidik di mana item-item yang digunakan dalam borang soal-selidik tersebut telah diambil dan diubahsuai daripada kajian-kajian terdahulu. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif, ujian Khi Kuasa Dua dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan adanya peranan yang dimainkan oleh AIM, pencapaian peserta menjadi lebih baik dan pendapatan peserta semakin memuaskan. Walau bagaimanapun, kajian juga mendapati seramai 248 orang peserta (62.0% daripada jumlah keseluruhan responden yang dikaji) masih belum melepasi PGK yang telah ditetapkan. Keyakinan 314 orang (78.5%) peserta untuk meneruskan program tanpa bantuan pinjaman dari AIM juga agak lemah. Justeru itu, beberapa cadangan dasar dan polisi turut dicadangkan pada akhir kajian ini agar AIM dapat memperbaiki sistem penyampaian mereka supaya lebih berkesan untuk membantu peserta keluar dari PGK yang telah ditetapkan. Antaranya dengan memperbanyakkan program-program berbentuk motivasi supaya mereka boleh berdikari pada masa akan datang. Meskipun demikian peserta-peserta AIM ini mempunyai harapan dan semangat yang tinggi untuk memperbaiki taraf hidup mereka.