Penilaian keberkesanan pengurangan kemiskinan di kalangan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia di daerah Kota Belud, Pantai Barat Sabah

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian peserta program anjuran AIM dan mengukur pencapaian peserta AIM melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) setelah terlibat di dalam program AIM. Kajian ini memfokuskan kepada peserta program AIM iaitu wanita di daerah Kot...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hafizal Ramli
格式: Thesis
語言:English
出版: 2006
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10188/1/mt0000000535.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian peserta program anjuran AIM dan mengukur pencapaian peserta AIM melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) setelah terlibat di dalam program AIM. Kajian ini memfokuskan kepada peserta program AIM iaitu wanita di daerah Kota Belud di bawah wilayah Pantai Barat Sabah. Responden dipilih secara persampelan strata di mana ia mewakili setiap cawangan kumpulan. Seramai 400 orang peserta yang menyertai program yang dianjurkan oleh AIM telah menjadi responden bagi kajian ini. Instrumen utama kajian ini ialah kaedah temubual dan borang soal-selidik di mana item-item yang digunakan dalam borang soal-selidik tersebut telah diambil dan diubahsuai daripada kajian-kajian terdahulu. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif, ujian Khi Kuasa Dua dan analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan adanya peranan yang dimainkan oleh AIM, pencapaian peserta menjadi lebih baik dan pendapatan peserta semakin memuaskan. Walau bagaimanapun, kajian juga mendapati seramai 248 orang peserta (62.0% daripada jumlah keseluruhan responden yang dikaji) masih belum melepasi PGK yang telah ditetapkan. Keyakinan 314 orang (78.5%) peserta untuk meneruskan program tanpa bantuan pinjaman dari AIM juga agak lemah. Justeru itu, beberapa cadangan dasar dan polisi turut dicadangkan pada akhir kajian ini agar AIM dapat memperbaiki sistem penyampaian mereka supaya lebih berkesan untuk membantu peserta keluar dari PGK yang telah ditetapkan. Antaranya dengan memperbanyakkan program-program berbentuk motivasi supaya mereka boleh berdikari pada masa akan datang. Meskipun demikian peserta-peserta AIM ini mempunyai harapan dan semangat yang tinggi untuk memperbaiki taraf hidup mereka.