Perundingan kolektif Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU): Kajian kes di Bank Bumiputra Commerce (M) Berhad dan Bank HSBC (M) Berhad

Tesis ini mengkaji perundingan kolektif yang berkuat kuasa pada tahun 2003 hingga 2005 ke atas Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU) dan majikan (Sabah Commercial Banks Association). Kajian melibatkan dua buah bank sebagai kajian kes iaitu Bank Bumiputra Commerce dan Bank Hong Kong & Shanghai...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof
格式: Thesis
語言:English
出版: 2006
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10286/1/mt0000000540.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tesis ini mengkaji perundingan kolektif yang berkuat kuasa pada tahun 2003 hingga 2005 ke atas Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU) dan majikan (Sabah Commercial Banks Association). Kajian melibatkan dua buah bank sebagai kajian kes iaitu Bank Bumiputra Commerce dan Bank Hong Kong & Shanghai Bank Corporation Malaysia Berhad (HSBC) Kota Kinabalu. Kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif diaplikasikan di mana, seramai 70 responden terlibat dalam menjawab soal selidik dan 15 orang informan ditemu bual ( 5 orang AJK SBEU & 10 ahU SBEU). Keseluruhan dapatan kajian telah menjawab objektif dalam penyelidikan ini, di mana isu ekonomi iaitu upah, bonus, elaun dan faedah persaraan serta isu sosial yang meliputi masa bekerja, hari rehat dan cuti tahunan telah dikenal pasti sebagai terma dan kondisi pekerjaan dalam perundingan kolektif. Kajian ini menilai isu manakah yang lebih diutamakan oleh ahli SBEU dalam pekerjaan mereka. Hasil kajian dan analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara perundingan kolektif dengan terma dan kondisi sosial. Ini menunjukkan pekerja-pekerja di sektor perbankan Sabah mengutamakan isu sosial berbanding dengan isu ekonomi. Selain daripada itu ahli-ahli SBEU turut mengutamakan jaminan dalam pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan AJK SBEU berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja. Keadaan ini menimbulkan situasi kalah-menang di antara majikan dan pekerja dalam perundingan kolektif. Konflik wujud di antara mereka kerana masing-masing mempunyai hak dan kepentingan yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan teon Flanders tentang perundingan kolektif dapat diaplikasi dalam kajian di sektor perbankan di Sabah.