Masyarakat Iranun di Sabah, 1780-an hingga 1994: Persaingan politik akar umbi di Kota Belud

Kajian ini memberi tumpuan terhadap perkembangan masyarakat serta politik orang Iranun di Kota Belud. Sejarah asal-usul masyarakat Iranun merupakan asas kajian dalam penulisan ini. Selain itu, status orang Iranun sebagai pribumi di Sabah turut dijadikan salah satu tajuk perbincangan untuk melihat se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Milus Bin Alu @ Abd. Wahad
Format: Thesis
Language:English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10287/1/mt0000000541.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan terhadap perkembangan masyarakat serta politik orang Iranun di Kota Belud. Sejarah asal-usul masyarakat Iranun merupakan asas kajian dalam penulisan ini. Selain itu, status orang Iranun sebagai pribumi di Sabah turut dijadikan salah satu tajuk perbincangan untuk melihat sejauh mana hubungan etnik ini dengan etnik lain telah mempengaruhi perkembangan sosiopolitik di Kota Belud. Sorotan temadap peranan masyarakat ini dalam politik Nusantara sejak awal hinggalah zaman selepas kemerdekaan turut menjadi pemerhatian. Antara tujuan utama kajian ini adalah menelusuri peranan dan kebangkitan tokoh-tokoh politik dalam masyarakat Iranun di Kota Belud khasnya dan di Sabah amnya, di mana tokoh-tokoh ini turut memainkan peranan terhadap perkembangan politik Kota Belud dan Sabah. Perjuangan mereka yang diasaskan oleh tokoh-tokoh terdahulu sebelum dan selepas penjajahan SBBU serta zaman kemerdekaan merupakan asas penting temadap kajian ini. Persaingan dan dominasi antara keluarga Haji Mohamad Arshad dengan keluarga Haji Mulia Sharif Takupan serta peranan Tun Datu Mustapha Datu Harun yang mendalangi kegiatan politik Kota Belud. Selain itu, peranan keturunan 'datu' dan 'sharif' ada signifikannya dengan perkembangan politik masyarakat Iranun yang melatari gerakan awal kepolitikan. Hal ini dapat dilihat apabila berlakunya persaingan akar umbi antara pemimpin Iranun dalam parti-parti politik seawal 1960-an hinggalah 1994.