Amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Tamparuli, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah Daerah Tamparuli sama ada pengetua-pengetua dapat memahami dan melaksanakan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kajian ini juga memberi tumpuan kepad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamri Ronggitom
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10295/1/mt0000000551.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah Daerah Tamparuli sama ada pengetua-pengetua dapat memahami dan melaksanakan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah sebelum dan selepas dilantik sebagai pengetua, sumber kewangan sekolah, masalah-masalah yang dihadapi dan usaha-usaha penambahbaikan pengurusan kewangan sekolah. Responden yang terlibat adalah pengetua-pengetua sekolah menengah di daerah Tamparuli, Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen temu bual, kajian dokumen, dan juga soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa pengetua-pengetua di sekolah kajian memahami dan mengurus kewangan sekolah berdasarkan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam hampir kesemua aspek yang dikaji. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sekolah-sekolah kajian memperolehi sumber kewangan dari dua punca iaitu peruntukan dari Kementerian Pelajaran dan dari pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri termasuk derma dari para dermawan. Dapatan kajian mengenai masalah-masalah dalam pengurusan kewangan pula termasuklah kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus kewangan sekolah, kekurangan kerani kewangan yang mahir, peruntukan yang tidak cukup dan masalah memungut yuran daripada pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa usaha-usaha pengetua dalam menambahbaik pengurusan kewangan sekolah termasuklah berusaha meningkatkan pengetahuan, memberi kursus dalaman kepada kerani kewangan yang baru dilantik dan pengagihan tugas yang sempurna.