Penggunaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah tingkatan empat

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan lagu dalam meningkatkan kebolehan pelajar mengingati urutan fakta dan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk 'Ciri-Ciri Tamadun' bagi mata pelajaran sejarah tingkatan empat. Mata pelajaran sejarah dianggap sebagai mata pelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maimi Janteng
Format: Thesis
Published: 2013
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan lagu dalam meningkatkan kebolehan pelajar mengingati urutan fakta dan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk 'Ciri-Ciri Tamadun' bagi mata pelajaran sejarah tingkatan empat. Mata pelajaran sejarah dianggap sebagai mata pelajaran membosankan dan boleh memberi impak negatif terhadap pencapaian pelajar. Sebagai langkah penyelesaian kepada masalah tersebut, penggunaan lagu telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan empat dan seorang guru dari salah sebuah sekolah di daerah Keningau. Melalui kajian ini, penyelidik menggunakan beberapa instrumen dalam mengumpul data kajian seperti kaedah pemerhatian, temu bual, sumber dokumen dan ujian lisan. Dapatan kajian yang telah dikumpul menunjukkan bahawa pel ajar berasa seronok dan memberi lebih tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar berkonsepkan lagu. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar menggunakan lagu telah dicadangkan dalam kajian ini bagi membantu pelajar mengingati urutan fakta di samping dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.