Hubungan kepemimpinan instruksional dengan pencapaian murid pendidikan islam Program J-Qaf

Pendidikan Malaysia perlu melakukan anjakan paradigm dari segi pengurusan dan kurikulum untuk memastikan aspirasi pendidikan Negara berasaskan Wawasan 2020 tercapai. Dengan itu, guru besar yang merupakan pucuk pimpinan sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan Instruksional untuk memastikan kemenjad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurfazhillah Sabit
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10733/1/mt0000000581.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Malaysia perlu melakukan anjakan paradigm dari segi pengurusan dan kurikulum untuk memastikan aspirasi pendidikan Negara berasaskan Wawasan 2020 tercapai. Dengan itu, guru besar yang merupakan pucuk pimpinan sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan Instruksional untuk memastikan kemenjadian murid dari segi pencapaian akademik dan sahsiah tercapai. Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian dijalankan untuk mengkaji peranan kepemimpinan instruksional terhadap program-program kurikulum terutamannya program j-QAF. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru Pendidikan Islam terhadap kepemimpinan Instruksional dalam pelaksanaan program j-QAF dan hubungannya dengan terhadap pencapaian murid j-QAF. Penyelidikan ini berbentuk kuantitatif dan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Sampel telah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata dengan nisbah. Prinsipal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) telah diadaptasi untuk mengukur persepsi guru Pendidikan Islam terhadap peranan kepemimpinan Instruksional dalam pelaksanaan program j-QAF. Kajian ini hanya mengukur dua domain utama kepemimpinan Instruksional laitu domain mengurus program kurikulum dan domain mewujudkan iklim pembelajaran yang positif. Ujian-t dan Kolerasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis nor yang dibuat berdasarkan tahap signifikan, a= 0.05. Dapatan kajian mendapati tahap pencapaian murid j-QAF adalah tinggi (skor min= 3.84), mana kala tahap peranan kepemimpinan Instruksional terhadap pelaksanaan program j-QAF adalah sederhana (skor mln= 3.43). Selain itu, guru lelaki (skor min= 3.94) mempunyai min persepsi yang lebih tinggi berbanding min persepsi guru perempuan (skor min= 3.24) terhadap kepemimpinan Instruksional dalam pelaksanaan program j-QAF. Dapatan kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kepemimpinan Instruksional dalam pelaksanaan program j-QAF dengan pencapaian murid j-QAF. Oleh itu, dapatan kajian ini akan memberikan Implikasi kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pelaksanaan program j-QAF secara langsung atau tidak langsung terutamanya guru besar yang memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional dl sekolah-sekolah di negeri Sabah.