Perubahan sosial masyarakat Murut Tahol: Kajian kes di Kampung Alutok, Ulu Tomani, Sabah

Tesis ini menghuraikan tentang perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Murut Tahol di Kampung Alutok, Ulu Tomani, Sabah. Antara yang menjadi fokus kajian ini ialah perubahan budaya dan cara hidup, sistem sosial dan kepercayaan masyarakat ini yang berlaku dengan pilihan mereka sendiri. Selain...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Hakim Bin Mohad @ Mohamad Ramli
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini menghuraikan tentang perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Murut Tahol di Kampung Alutok, Ulu Tomani, Sabah. Antara yang menjadi fokus kajian ini ialah perubahan budaya dan cara hidup, sistem sosial dan kepercayaan masyarakat ini yang berlaku dengan pilihan mereka sendiri. Selain itu tesis ini turut membincangkan reaksi mereka sewaktu berhadapan dengan pemerintahan BNBCC, pemerintahan Jepun dan kehadiran agama Kristian. Pemerintahan BNBCC misalnya telah ditentang secara terbuka dalam peristiwa pemberontakan Rundum 1915. Kehadiran mubaligh Kristian pula telah disambut dengan begitu dingin sekali. Manakala semasa pemerintah Jepun masyarakat Inl telah bertindak menyembunyikan diri di kawasan pedalaman. Perubahan masyarakat Murut Tahol hanya berlaku selepas masyarakat ini memilih untuk berubah dengan menjemput agama Kristian untuk datang kepada masyarakatnya pada 1950. Selepas itu barulah agama Kristian dapat memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada perubahan masyarakat ini. Namun demikian agama Kristian yang diamalkan turut mengambil kira nilai dan norma tradisional masyarakat ini. Dengan lain perkataan, masyarakat ini masih lagi mengamalkan adat dan budaya tradisional yang tidak bertentangan dengan prinsip agama Kristian. Hal ini telah menyebabkan berlakunnya perubahan sosial yang bersifat setempat atau "localized social change'. Selain itu, kehadiran agama Kristian turut membawa bersama ciri-ciri kehidupan moden seperti pendidikan dan perubatan moden. Hal ini menyebabkan perubahan yang lebih besar dan mendalam ke atas masyarakat ini. Namun yang menariknya, masyarakat ini mampu untuk memilih bentuk perubahan yang wajar untuk diterima masyarakatnya. Selain dari mengenengahkan proses perubahan sosial yang berlaku, kajian ini juga berusaha menjelaskan faktor-faktor yang membolehkan mereka menghadapi perubahan yang datang kepada mereka.