Pendakwah Indonesia di Sabah

Kajian ini memfokuskan kepada kehadiran dan keberadaan pendakwah Indonesia di negeri Sabah pada sekitar tahun 1967 hingga 1985. Kehadiran pendakwah Indonesia di negeri Sabah dilihat menjadi salah satu faktor yang penting dalam menjayakan aktiviti pendakwahan dan perkembangan Islam di Sabah. Dalam a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurasnie Amirrudin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11205/1/mt0000000667.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada kehadiran dan keberadaan pendakwah Indonesia di negeri Sabah pada sekitar tahun 1967 hingga 1985. Kehadiran pendakwah Indonesia di negeri Sabah dilihat menjadi salah satu faktor yang penting dalam menjayakan aktiviti pendakwahan dan perkembangan Islam di Sabah. Dalam aspek kedatangan terdapat tiga kategori kemasukan pendakwah Indonesia ke Sabah. Kategori pertama berlaku pada tahun 1974 atas jemputan Kerajaan Negeri Sabah, kategori kedua pada tahun 1980 atas sumbangan Kerajaan Arab Saudi di bawah seliaan Rabitah Alam al-Islami dan kategori ketiga adalah pendakwah yang datang secara persendirian. Faktor-faktor kemasukan pendakwah Indonesia ke negeri Sabah didorong oleh faktor penolak dan faktor penarik. Antara Faktor penolak kedatangan pendakwah Indonesia ke Sabah adalah kedudukan geografi, persaudaraan Islam, hubungan dua hala Sabah-Indonesia, dan bantuan dari negara Asia Barat. Manakala faktor penarik kedatangan pendakwah Indonesia pula idiosinkrasi Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan Datuk Harris Mohd. Salleh, keperluan pendakwah dan guru agama serta keperluan tenaga buruh. Pendakwah Indonesia dilantik oleh Unites Sabah Islamic Association (USIA) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebagai Pegawai Dakwah dan Guru Agama Islam Sabah (SUIS) secara kontrak. Dalam memainkan peranan yang penting dan besar ke arah pembentukan aspek akidah, ibadah dan kemasyarakatan yang sebenar dalam kalangan masyarakat Sabah, pelbagai pendekatan dakwah telah digunakan antaranya pendekatan bit hal, kitab dan ilmu, kebajikan, ceramah dan khutbah serta melalui media. Manakala sebagai guru agama pula, pendekatan yang digunakan ialah mengajar, mendidik, mendisiplin, mentor dan berdakwah. Corak pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan sistem pondok yang disesuaikan dengan pendekatan psikologi dengan menekankan disiplin yang ketat. Semasa menjalankan aktiviti dakwah dan pengajaran, pendakwah Indonesia diuji dari segi fizikal, mental dan emosi. Reaksi positif yang diterima adalah dan kawasan atau daerah yang mempunyai masyarakat yang majoritinya Islam. Manakala reaksi negatif diterima di daerah yang penduduknya majoriti beragama Kristian dan berpegang pada kepercayaan nenek moyang mereka. Pendakwah Indonesia bukan sahaja telah mampu menambah jumlah penganut agama Islam tetapi telah berjaya meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat di Sabah sama ada dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Sehingga kini, pendakwah Indonesia ini bukan sahaja diterima oleh masyarakat Sabah sebagal pendakwah tetapi merupakan tempat rujukan utama dalam berbagai hal khususnya hal ehwal agama Islam. Pendakwah Indonesia ini dipandang tinggi oleh masyarakat Sabah dan ada antara pendakwah Indonesia ini mendapat anugerah dari Kerajaan Negeri Sabah atas aktiviti dakwah mahupun berorganisasi.