Kajian terhadap tahap hakisan di plot cerun berdasarkan jenis tanih dan litupan tumbuhan

Keadaan iklim di Malaysia telah menggalakkan proses hakisan di kawasan cerun. Fenomena hakisan cerun boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa serta merosakkan harta benda. Oleh itu, kajian terhadap hakisan sentiasa dijalankan bagi memantau kawasan yang berpotensi untuk terhakis. P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Afiq Masleh
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11542/1/mt0000000623.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keadaan iklim di Malaysia telah menggalakkan proses hakisan di kawasan cerun. Fenomena hakisan cerun boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa serta merosakkan harta benda. Oleh itu, kajian terhadap hakisan sentiasa dijalankan bagi memantau kawasan yang berpotensi untuk terhakis. Pada tahun 2010, kajian dalam menilai kadar hakisan di kawasan cerun telah dilaksanakan bagi mengkaji pengaruh jenis tanih dan litupan tumbuhan ke atas permukaan tanih dengan menggunakan dua ujian iaitu 1) ujian kandungan lembapan tanih dan 2) ujian saiz partikel tanih. Kaedah ini menggantikan kaedah sebelumnya seperti ujian pipet dan ujian hidrometer yang memerlukan tempoh masa yang lama bagi mendapatkan analisis data. Kajian ini dijalankan di tiga kawasan iaitu 1) kawasan bukit kelapa sawit, 2) kawasan lereng cerun Sekolah Sains Sosial, UMS dan 3) bukit UMS yang mempunyai luas plot serta sudut eerun yang sama dengan andaian ketiga-tiga plot akan memberikan jumlah hakisan yang sekata. Namun begitu, didapati bahawa ketiga-tiga kawasan mempunyai jumlah hakisan yang berbeza. Kawasan plot 2 mempunyai kadar hakisan yang tinggi sebanyak 3.5 kg berbanding kawasan plot 3 sebanyak 2.7 kg dan kawasan plot 1 sebanyak 2.3 kg. Kajian ini mendapati plot 2 mengandungi jumlah pasir yang tinggi dan ia menunjukkan bahawa kawasan tersebut mudah terhakis, manakala, plot 1 mempunyai jumlah hakisan yang rendah kerana terdiri daripada jenis tanih liat yang mempunyai saiz butiran lebih keeil berbanding pasir. Plot 2 dan plot 3 terdiri daripada jenis tanih yang sama tetapi plot 3 kurang terhakis disebabkan oleh faktor litupan tumbuhan. Kawasan plot 3 terdiri daripada rumput lalang dan kawasan plot 2 terdiri daripada rumput biasa. Kawasan plot 1 pula, terdiri daripada tumbuhan jenis lumut yang berfungsi untuk menyerap lebihan lembapan tanih serta membantu dalam menguatkan struktur tanih. Oleh itu, kawasan plot 1 adalah kawasan yang lebih stabil berbanding plot 2 dan plot 3. Selain daripada itu, kajian ini telah menghasilkan tiga indeks hakisan daripada data hujan dan data hakisan bagi menilai potensi keterhakisan tanih di kawasan cerun.