Hubungan Malaysia-Mesir (1957-1970)

Tesis ini membincangkan tentang hubungan Malaysia dan Mesir bermula pada tahun 1957 hingga 1970. Tidak dapat dinafikan bahawa pada era ini, ia merupakan pertembungan ideologi yang amat berpengaruh dalam menentukan pola sistem politik antarabangsa dan hubungan antara negara-negara. Dua ideologi terse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Leonie Alcina Joseph
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11570/1/mt0000000628.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini membincangkan tentang hubungan Malaysia dan Mesir bermula pada tahun 1957 hingga 1970. Tidak dapat dinafikan bahawa pada era ini, ia merupakan pertembungan ideologi yang amat berpengaruh dalam menentukan pola sistem politik antarabangsa dan hubungan antara negara-negara. Dua ideologi tersebut ialah blok demokrasi-liberal yang diketuai oleh Amerika Syarikat-Eropah Barat, dan blok Komunis-Sosialis yang ditunjangi oleh Soviet Union-Eropah Timur. Pertembungan dua blok ideology ini juga digelar sebagai Perang Dingin ataupun era bipolar. Merujuk kepada Neo-Realisme, pada era ini, tatacara dan hubungan negara-negara akan terbahagi atau berada di bawah pengaruh kedua-dua blok ini. Negara-negara seakan-akan tidak mempunyai pilihan atau alternatif dalam menentukan hala tuju mereka. Dalam kajian kes ini, Malaysia dan Mesir adalah tidak terkecuali. Kedua-dua buah negara mempunyai hubungan yang rapat dengan blok demokrasi-liberal berbanding blok Komunis-Sosialis. Namun, selepas berlakunya Krisis Terusan Suez, Mesir telah menukar hala tuju politiknya dengan menjadi lebih erat dengan Soviet Union. Hubungan Mesir dan Amerika Syarikat telah menjadi renggang.Tindakan Mesir ini walaubagaimanapun tidak menjejaskan hubungan Malaysia-Mesir. Hal ini kerana, situasi atau elemen keperluan domestik Malaysia seperti ekonomi dan hubungan sosial terus teguh mempertahankan hubungan Malaysia-Mesir pada era ini.