Sejarah perbankan di Borneo Utara (1881-1941)

Kajian ini berkaitan sejarah perbankan di Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga tahun 1941. Permasalahan kajian yang diutarakan dalam kajian ini ialah mengkaji faktor yang membawa kepada perkembangan perbankan di Borneo Utara iaitu peranan bank, cabaran dan langkah mengatasi. Kajian bergantung kepa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Jovinia Omar
格式: Thesis
語言:English
出版: 2012
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11576/1/mt0000000634.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini berkaitan sejarah perbankan di Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga tahun 1941. Permasalahan kajian yang diutarakan dalam kajian ini ialah mengkaji faktor yang membawa kepada perkembangan perbankan di Borneo Utara iaitu peranan bank, cabaran dan langkah mengatasi. Kajian bergantung kepada sumber primer iaitu sumber awalan yang terdapat di Arkib Negeri Sabah, Arkib Negeri, dan Muzium Sabah. Sumber sekunder diperoleh dengan merujuk buku-buku, jurnal dan artikel. Kajian mendapati bahawa hanya terdapat satu bank sahaja beroperasi di Borneo Utara pada satu-satu masa iaitu The Eastern Bank Limited (beroperasi 1915) dan The State Bank of North Borneo (1921). The State Bank of North Borneo memainkan peranan penting dalam menggerakkan simpanan kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi Borneo Utara terutamanya dalam perladangan getah. Institusi bank diwujudkan di Borneo Utara bagi membantu BNBCC mengawalatur sumber-sumber ekonomi yang banyak dipelopori oleh pelabur dan pemodal asing. Fungsi The State Bank of North Borneo adalah mencipta dan merekabentuk mata wang, pinjaman dan kiriman wang, kredit, deposit dan akaun semasa. Cabaran institusi perbankan ialah pemansuhan mata wang, persaingan penawaran kadar faedah daripada bank di negara jiran, penyeragaman jenis mata wang, kemelesetan ekonomi, pengurusan risiko, penutupan cawangan bank dan kegagalan peminjam membuat pembayaran semula. Langkah yang diambil bagi mengatasi cabarancabaran perbankan ialah pemansuhan token persendirian, pembukaan semula cawangan bank, kadar faedah yang lebih tinggi, serta memberi peluang kepada peminjam menjelaskan pinjaman pada bulan seterusnya.