Aplikasi GIS untuk pengurusan operasi ladang kelapa sawit: Kajian kes Ladang Dumpas, Tawau, Sabah
Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dengan pengukuhan struktur pangkalan data dapat menjadikan data sedia ada yang diurus menjadi lebih berfokus serta lebih efisyen ke arah memantapkan capaian data. Pengintegrasian dan penganalisisan data berasaskan pengurusan data dalam bentuk yang berstruktur...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11577/1/mt0000000635.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aplikasi sistem maklumat geografi (GIS) dengan pengukuhan struktur pangkalan data dapat menjadikan data sedia ada yang diurus menjadi lebih berfokus serta lebih efisyen ke arah memantapkan capaian data. Pengintegrasian dan penganalisisan data berasaskan pengurusan data dalam bentuk yang berstruktur dapat menghasilkan data yang mempunyai kepersisan yang baik dan dihasilkan mengikut keperluan untuk digunakan membantu meningkatkan ketepatan dalam membuat keputusan pengurusan operasi ladang. Fenomena-fenomena tanah
runtuh, banjir dan sekiranya berlaku perubahan polisi seperti sistem penampanan bagi kawasan sensitif dapat dipantau dan diurustadbir dengan berkesan menggunakan aplikasi GIS. Aplikasi teknologi maklumat geografi dalam sistem pengurusan operasi ladang seperti Ladang Dumpas dapat berfungsi ke arah meningkatkan kecekapan dalam proses membuat keputusan pengurusannya dengan menggunakan sistem ini. Kajian ini menumpukan kepada pengemblingan
data-data ladang bermula dengan data persekitaran geografi fizikalnya, penggunaan guna tanahnya sehinggahlah kepada pendekatan sistem pengurusan operasinya telah dibincangkan secara holistik. Teknik ModelBuilderâ„¢ dalam aplikasi GIS
digunakan untuk menganalisis dan mengintegrasi data-data primer dan sekunder yang diperolehi. Data-data tersebut terdiri daripada data topografi, asosiasi tanah,
gunatanah, laporan band dan rekod-rekod operasi harian ladang. Kepersisan data dan maklumat yang dihasilkan dalam kajian telah berjaya dipaparkan dalam bentuk kartografi yang mudah difahami serta dapat berfungsi sebagai komunikasi visual berlandaskan teori semiotik yang digunakan dalam peta tematik. Dapatan kajian menggunakan pemetaan geospatial telah menghasilkan pemetaan taburan penanaman, taburan asosiasi tanah, pengkelasan darjah kecerunan, pengekalan
dan pemuliharaan berdasarkan reparian sungai dan kecerunan serta pemetaan Sistem Tuaian 12 Hari dapat dijadikan sebagai indikator penting dalam memantapkan pengurusan operasi ladang kelapa sawit di kawasan Ladang Dumpas. |
---|