Ikon dalam objek budaya masyarakat Iranun di Sabah

Tesis ini mengupas secara visual tentang ikon dan motif dalam objek budaya masyarakat Iranun di Sabah. Lokasi penyelidikan bersifat kajian lapangan merentasi perkampungan Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau, Payas-Payas, Kota Bongan dan Rampayan di Kota Belud Sabah. Kajian ini mengh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Humin Jusilin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11596/1/ph000000062.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengupas secara visual tentang ikon dan motif dalam objek budaya masyarakat Iranun di Sabah. Lokasi penyelidikan bersifat kajian lapangan merentasi perkampungan Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau, Payas-Payas, Kota Bongan dan Rampayan di Kota Belud Sabah. Kajian ini menghuraikan konsep ikon visual yang berasaskan reka bentuk dan ragam hias dalam pembentukan objek budaya tradisi perkahwinan Iranun. Antaranya, berfokuskan sinisip (pakaian), tinubau (tanjak), lemba (pelamin), usunan (usungan), ubur-ubur (payung), ulap-ulap (kain berhias) dan pasandalan (bendera). Data-data penyelidikan tentang ikon dan motif objek budaya diperolehi di lokasi kajian melalui pemerhatian, temu bual dan rakaman audiovisual. Maklumat tentang ikon dalam objek budaya juga didapati daripada kajian-kajian dan penulisan terdahulu. Analisis yang bersifat deskriptif diaplikasikan untuk membuat interpretasi ikon dalam objek budaya. Kupasan tentang rupa bentuk, komposisi serta ragam hias objek budaya dikaitkan dengan tema dan motif yang diilhamkan daripada alam kosmos, objek persekitaran dan alam semula jadi. Kajian mendapati motif-motif ikon dalam objek budaya bercirikan nHai estetika, nilai intelek, status sosial, lambang perlindungan, tanda perayaan dan kemeriahan. Penyelidikan ini merumuskan bahawa ikon dalam objek budaya Iranun adalah representasi daripada flora, fauna dan objek yang dikaitkan dengan keperluan fizikal dan rohani melalui upacara ad at dan kehidupan harian. Konsep keperluan berkomunikasi, kepahlawanan dan unsur-unsur hiburan juga diterapkan sebagai ikon dalam objek budaya. Representasl imej melalui ikon dan ragam hias Iranun adalah ekspreasi kreatif yang terhasH daripada persepsi mereka terhadap alam sekeliling dan kosmologi mereka. Kajian ini penting sebagai sebuah dokumen seniivisual untuk memartabatkan falsafah dan minda Iranun sebagai satu wadah ilmu dan pengetahuan agar diangkat menjadi satu khazanah warisan.