Hubungkait antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan pencapaian pelajar sekolah menengah bagi mata pelajaran Sains : Satu perbandingan antara Malaysia dan Singapura (TIMSS 2007).

TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) adalah satu kajian antarabangsa yang bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar dalam matematik dan sains serta mengumpul pelbagai maklumat mengenai beberapa aspek dalam pendidikan seperti sekolah, kurikulum, pengajaran, dan pembelajaran. Berdasarkan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nartini Ajik
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11802/1/Copy_of_mt0000000607.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) adalah satu kajian antarabangsa yang bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar dalam matematik dan sains serta mengumpul pelbagai maklumat mengenai beberapa aspek dalam pendidikan seperti sekolah, kurikulum, pengajaran, dan pembelajaran. Berdasarkan data yang diperolehi oleh IEA (International Association for the Evaluation of Educational Achievement), dalam fasa ketiga kajian, Singapura adalah negara yang mencapai skor skala purata tertinggi dalam pencapaian Sains (567), manakala Malaysia hanya mencapai purata skor skala sebanyak 471 mata, jauh lebih rendah daripada skor skala purata TIMSS (500) dan menjadikan kedudukan Malaysia di tangga ke-22. Perbezaan pencapaian adalah ketara walaupun kedua-dua negara jiran ini tidak banyak berbeza dari segi bahasa dan budaya. Dalam konteks ini, apa yang ingin dilihat melalui kajian ini adalah hubungan antara penggunaan bahan bantu mengajar yang diklasifikasikan sebagai bahan elektronik iaitu komputer dan bukan elektronik iaitu buku teks dengan pencapaian pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar telah dikatakan membuat pembelajaran sains lebih bermakna (Promila Sharma, 2009). Kajian ini memberi tumpuan kepada pelajar tingkatan 2 (gred 8), dan pada masa yang sama kajian ini juga memperlihatkan perbandingan kedua-dua negara dari segi penggunaan bahan pengajaran. Data yang diperolehi merupakan data sedia ada iaitu hasil keputusan TIMSS bagi tahun 2007. Keputusan kajian ini mampu memberi kesan positif kepada guru-guru sains dalam memandu dan merancang penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.