Faktor-faktor 'burnout' dan stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di Daerah Ranau

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor 'burnout’ dan sumber-sumber stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan ke atas sampel yang dipilih secara rawak untu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Serirama Ebbie
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11806/1/Copy_of_mt0000000611.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor 'burnout’ dan sumber-sumber stres pekerjaan serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan ialah tinjauan ke atas sampel yang dipilih secara rawak untuk mengukur pembolehubah. Penyelidikan ini menggunakan soal selidik ke atas sejumlah 225 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru sekolah rendah yang melibatkan 25 buah sekolah rendah di daerah Ranau. Maklumat yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan 'Statistical packages for social sciences'(SPSS ver 21.0). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi mencari frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Statistik inferensi digunakan bagi mendapatkan hubungan dan pengaruh antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Rumusan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara 'burnout' dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Ranau.