Strategi daya tindak sebagai moderator dalam hubungan sumber stres dengan ketidaksejahteraan psikologi mengikut personaliti

Stres merupakan isu penting yang berlaku dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi dan kelemahan strategi daya tindak dalam mengatasi stres akan memberi kesan kepada ketidaksejahteraan psikologi pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sumber stres dengan ketidaksejah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11815/1/mt0000000641.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stres merupakan isu penting yang berlaku dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi dan kelemahan strategi daya tindak dalam mengatasi stres akan memberi kesan kepada ketidaksejahteraan psikologi pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sumber stres dengan ketidaksejahteraan psikologi pelajar. Selain itu, kajian ini juga ingin mengkaji sejauh mana strategi daya tindak mempengaruhi hubungan antara sumber stres dan ketidaksejahteraan psikologi mengikut personaliti pelajar. Seramai 595 orang pelajar (N=595) dari Universiti Malayasia Sabah telah dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjau selidik dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian tempatan seperti soal selidik Personaliti Eysenck (EPQ), Personal and Work Life stressors questionnaire, The Strategic Approach to Coping Scale (SACS) dan Psychological Health Scales. Keputusan menunjukkan sumber stres keseluruhan, masa peribadi, kewangan dan kampus mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan ketidaksejahteraan psikologi pelajar. Sumber stres kesihatan diri dan keluarga menunjukkan tidak terdapat hubungan dengan ketidaksejahteraan psikologi pelajar. Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan sumber stres kampus merupakan peramal yang signifikan kepada ketidaksejahteraan psikologi peJajar personaliti introvert dan ekstrovert. Dan segi strategi daya tindak, keputusan mendapati bahawa strategi daya tindak aktif dan pasif mampu memberi sumbangan sebagai moderator antara sumber stres dan ketidaksejahteraan psikologi bagi pelajar personaliti ekstrovert tetapi tidak kepada pelajar personaliti introvert. Dapatan ini penting dan memberi implikasi kepada Jabatan Hal EhwaJ Pelajar (HEP) untuk melaksanakan modul strategi daya tindak yang sesuai kepada pelajar supaya masaJah stres dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan dan mempertingkatkan lagi kesejahteraan psikologi pelajar yang lebih terjamin.