Potensi sumber alam semulajadi dan aktiviti kemasyarakatan setempat sebagai daya tarikan pelancongan alam semulajadi di Menumbuk, Sabah

Kajian untuk mengkaji potensi Menumbuk (Hutan Simpan Menumbuk dan Pekan Menumbuk), Sabah sebagai destinasi baru pelancongan alam semulajadi telah dijalankan dari September 2006 sehingga September 2007. Keluasan kawasan kajian adalah 57.1 km2. Potensi pelancongan alam semulajadi telah dikesan melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kim Asbiyallah Shah Akim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11833/1/mt0000000654.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian untuk mengkaji potensi Menumbuk (Hutan Simpan Menumbuk dan Pekan Menumbuk), Sabah sebagai destinasi baru pelancongan alam semulajadi telah dijalankan dari September 2006 sehingga September 2007. Keluasan kawasan kajian adalah 57.1 km2. Potensi pelancongan alam semulajadi telah dikesan melalui hasil-hasil objektif kajian. Objektif-objektif dalam kajian adalah untuk mengenalpasti kepelbagaian produk pelancongan alam semulajadi dad segi biodiversiti (flora, fauna dan serangga), pemandangan dan kebudayaan setempat, mengenalpasti aktiviti-aktiviti masyarakat setempat untuk pelancongan alam semulajadi, serta mengkaji persepsi masyarakat setempat tentang penerimaan terhadap pelancongan alam semulajadi di Menumbuk. Kaedah-kaedah kajian yang digunakan adalah penggunaan plot/transek untuk flora, pemerhatian burung dengan menggunakan binokular, penggunaan perangkap untuk mamalia kecil, pemerhatian di sepanjang 12 batang anak sungai untuk primat,penggunaan jaring sapuan dan perangkap lekit untuk serangga, serta kajian soal selidik terhadap masyarakat setempat. Hasil-hasil kajian menunjukkan bahawa flora, fauna dan serangga di Menumbuk mempunyai potensi yang tinggi sebagai produk-produk pelancongan alam semulajadi. Di antaranya ialah pokok-pokok bakau, spesies burung yang endemik kepada Borneo: Muscicapa griseisticta, Bangkatan yang endemik (Nasalis larvatus), dan kelip-kelip (Coleoptera: Lampyridae) dengan kerdipan cahayanya yang sangat menarik untuk diperhatikan. Aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang berpotensi pelancongan alam semulajadi dan boleh dilakukan di kawasan ini adalah �boating,�homestay programme,�persembahan budaya (tarian dan muzik), dan merasa dan menghasilkan produk-produk tempatan (makanan). Penerimaan masyarakat setempat adalah positif terhadap pembangunan pelancongan alam semulajadi di Menumbuk. Dengan adanya pembangunan pelancongan alam semulajadi di Menumbuk, diharapkan agar ia dapat mengimbangi pengurusan biodiversiti dan peningkatan ekonomi masyarakat setempat.