Sejarah masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara (1881-1963)

Kajian sejarah masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara (1881-1963) membincangkan mengenai status gelaran dan peranan masyarakat Melayu Brunei dalam aspek politik-pentadbiran, sosial dan ekonomi bermula dari zaman pemerintahan Kesultanan Brunei sehinggalah zaman kolonial British...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dg Junaidah Binti Awang Jambol
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11849/1/mt0000000661.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian sejarah masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara (1881-1963) membincangkan mengenai status gelaran dan peranan masyarakat Melayu Brunei dalam aspek politik-pentadbiran, sosial dan ekonomi bermula dari zaman pemerintahan Kesultanan Brunei sehinggalah zaman kolonial British. Dalam penulisan kajian ini, aspek yang akan turut dihuraikan ialah perkembangan dan perubahan yang dialami oleh masyarakat Melayu Brunei sepanjang tahun 1881 sehinggalah tahun 1963. Tujuan utama kajian ini ialah untuk menjelaskan asal-usul masyarakat Melayu Brunei dan mengetahui perubahan serta pengekalan masyarakat ini selepas tamatnya pemerintahan Kesultanan Brunei. Pengambilalihan British North Borneo Charted Company (BNBCC) terhadap Borneo Utara bukan sahaja telah menamatkan penguasaan Kesultanan Brunei malah juga telah mewujudkan perubahan yang amat ketara dalam aspek politik-pentadbiran, sosial dan ekonomi. Perubahan dan pengekalan ketiga-tiga aspek inilah yang akan cuba dibahaskan dalam kajian inl bagi memahami dan mengetahui perubahan serta penghakisan kedudukan masyarakat Melayu Brunei di kawasan Pantai Barat Borneo Utara.