Konflik bersenjata disempadan Sabah-Kalimantan Timur pada era konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966

Keengganan Sukarno mengiktiraf pembentukan Malaysia hasil cadangan Tunku Abdul Rahman telah menyebabkan Indonesia bertindak melancarkan Konfrontasi. Konfrontasi antara tahun 1963-1966 antara Malaysia dan Indonesia lebih terkenal dengan dasar Ganyang Malaysia. Konfrontasi bermula apabila Indonesia be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11868/1/mt0000000676.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keengganan Sukarno mengiktiraf pembentukan Malaysia hasil cadangan Tunku Abdul Rahman telah menyebabkan Indonesia bertindak melancarkan Konfrontasi. Konfrontasi antara tahun 1963-1966 antara Malaysia dan Indonesia lebih terkenal dengan dasar Ganyang Malaysia. Konfrontasi bermula apabila Indonesia bertindak agresif di wilayah di Brunei, Sarawak dan Sabah. Penyusupan Tentera Penceroboh Indonesia (TPI) ini bermula ke atas wilayah Brunei dan kemudiannya menular ke Sarawak dan Sabah. Penyusupan ini turut dianggotai oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan tentera Sukarelawan Indonesia. Bermula September 1963 hingga Oktober 1966 berlaku banyak serangan ke atas wilayah di sempadan Sabah-Kalimantan Timur (Kaltim). Temubual dengan veteran Konfrontasi Indonesia-Malaysia, sumber arkib serta tentera turut digunakan. Kajian ini mendapati bahawa selain daripada tentera, sumbangan pasukan paramiliter Sabah di sempadan dalam membantu pasukan keselamatan juga turut diketengahkan. Malah kajian ini mendapati bahawa kawasan dominan berlaku penyusupan TPI lebih tertumpu di kawasan Residensi Tawau khususnya, Pulau Sebatik dan Kalabakan.