%0 Thesis %A Agatha Anak Francis Umbit %D 2016 %G English %T Penerimaan, jangkaan dan pengalaman: pengaruhnya terhadap kepuasan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar institut pendidikan guru %U https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12133/1/Penerimaan%2C%20jangkaan.pdf %X Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh penerimaan, jangkaan dan pengalaman terhadap kepuasan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus di Sarawak. Model Penerimaan Teknologi, Unified Theory Acceptance and Uses of Technology, Model Kejayaan Sistem Maklumat Terkini, Expectancy Disconfirmation Theory dan Teori Kegunaan dan Kepuasan digabungkan sebagai asas pengujian model kajian. Sebanyak 650 set soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPGK di Sarawak, yang berumur antara 19 hingga 25 tahun. Sejumlah 616 set soal selidik telah digunakan untuk dianalisis. Teknik statistik termasuk SEM, analisis korelasi Pearson, analisis regresi berganda, Ujian-t dan ANOVA sehala telah digunakan. Keputusan analisis kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang signifikan positif antara penerimaan, jangkaan dan pengalaman dengan kepuasan pelajar pada paras signifikan nilai p = 0.00 (p <0.05). Dapatan kajian ini juga mendapati wujud pengaruh penerimaan, jangkaan dan pengalaman terhadap kepuasan pelajar dengan nilai p = .000 (p < 0.05) melalui analisis regresi berganda. Perkaitan antara elemen-elemen seperti kebergunaan, mudah guna, pembelajaran kendiri, kualiti interaksi, ciri pensyarah, kualiti sistem, kualiti maklumat dan teknologi memberi kesan signifikan terhadap kepuasan pelajar. Bagi faktor demografi pula, kajian ini membuktikan bahawa jantina tidak mempengaruhi kepuasan pelajar secara signifikan. Sebaliknya, kajian ini mendapati bahawa program pengajian secara signifikan telah mempengaruhi kepuasan pelajar. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa model dan data kajian adalah sesuai. Kefahaman yang komprehensif terhadap model ini akan membantu pelaksana, pembangun sistem dan pensyarah meningkatkan tahap penerimaan dan mengurangkan jangkaan negatif pelajar terhadap e-pembelajaran dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus di Sarawak pada masa akan datang.