Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan inovasi - satu kajian sistem pemasaran berbilang tingkat (multilevel marketing) di Malaysia
Inovasi adalah idea, produk atau sistem yang dianggap baru oleh sesuatu sistem sosial dan merupakan aspek yang kritikal serta isu pengurusan yang strategik bagi survival Individu ataupun organisasi. Tanpa inovasi, keupayaan untuk bersaing dan mengekalkan kewujudan akan terjejas. Namun kewujudan i...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12331/1/Faktor-faktor%20yang%20mempengaruhi%20penerimaan.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Inovasi adalah idea, produk atau sistem yang dianggap baru oleh sesuatu sistem
sosial dan merupakan aspek yang kritikal serta isu pengurusan yang strategik bagi
survival Individu ataupun organisasi. Tanpa inovasi, keupayaan untuk bersaing dan
mengekalkan kewujudan akan terjejas. Namun kewujudan inovasi sahaja tidak
bermakna sekiranya gagal diterima oleh kumpulan sasaran. Dalam persekitaran
yang menuntut hasil yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber yang terhad,
inovasi wajar dimanfaatkan secara optimum. Sebaran inovasi adalah proses yang
kritikal untuk memastikan setiap inovasi diterima secara meluas dan memberi nilai
tambah yang maksimum. Berasaskan kepentingan inovasi, kajian ini memberi
tumpuan khusus kepada sebaran inovasi dengan merujuk kepada faktor-faktor
penerimaan Sistem Pemasaran Berbilang lingkat (MLM). Kajian tentang inovasi
dilihat dalam pelbagai perspektif dan aliran seperti sebaran inovasi, organisasi
berinovatif dan teori proses-proses inovasi. Implementasi inovasi dikenal pasti
peringkat yang paling sukar dan didapati kebanyakan projek inovasi gagal kerana
tidak dikendalikan dengan baik pada peringkat ini. Kajian-kajian terdahulu
melibatkan pelbagai jenis inovasi seperti teknologi maklumat dan komunikasi,
produk pengguna, program perubahan dalam organisasi, produk perubatan dan
teknologi pertanian. Kajian inovasi saluran pengedaran produk khususnya MLM
amat terhad. Tiga kategori faktor dikenalpasti boleh mempengaruhi penerimaan
inovasi iaitu faktor-faktor persekitaran, ciri-ciri inovasi dan ciri-ciri penerima
inovasi. Ciri-ciri keusahawanan penerima digabungkan dalam kajian ini berasaskan
jenis inovasi yang berorientasikan keusahawanan. Kaedah kaji selidik melalui pos
digunakan dalam pengumpulan data. Terdapat perbezaan statistik yang signifikan
bagi faktor prospek ekonomi dalam kategori faktor-faktor persekitaran di antara
responden Melayu dengan responden Cina, dan faktor keperluan pencapaian
dalam kategori ciri-ciri keusahawanan di mana penerima lewat sistem MLM
didapati mempunyai skor min yang lebih tinggi berbanding penerima awal.
Usahawan Melayu secara relatif kurang menekankan aspek prospek ekonomi
apabila membuat pertimbangan untuk menceburi industri MLM manakala penerima
lewat mempunyai tahap keperluan pencapaian yang secara relatif lebih tinggi. |
---|